SPRM perlu siasat dakwaan beli Ahli parlimen



SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) digesa mengambil tindakan serius dakwaan wujudnya usaha menawarkan habuan dan jawatan kepada Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Majlis Presiden Pakatan Harapan (HARAPAN) dalam satu kenyataan menegaskan sekiranya suruhanjaya itu  gagal melakukan siasatan, ia hanya akan membuktikan kebenaran dakwaan agensi kerajaan diperalat sebagai senjata politik demi survival pihak tertentu dan bukan mendaulatkan undang-undang.

“Oleh itu, sesiapa yang cuba merasuah Ahli Parlimen pembangkang mahupun yang telah menarik sokongan terhadap Muhyiddin bukan sahaja melakukan satu kesalahan, tetapi juga membolehkan Perdana Menteri yang tiada keabsahan mahupun majoriti untuk kekal berkuasa sambil rakyat terus merana.

“Kami menegaskan Muhyiddin mesti letak jawatan segera atau memanggil sidang khas Parlimen sekarang untuk membahas dan memutuskan usul undi percaya dalam masa terdekat.

“Jangan gunakan masa sehingga September untuk ‘membeli’ sokongan dengan pelbagai taktik yang tidak bermaruah dan menyalahi undang-undang.” kata kenyataan tersebut.

Ia ditandatangani Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden Amanah, Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Dakwaan cuba beli Ahli Parlimen perlu disiasat
Terdahulu, media melaporkan sekurang-kurangnya lapan Ahli Parlimen dari DAP dan KEADILAN mendakwa cuba disogok bagi memberi sokongan mereka kepada Mahiaddin.

Mereka adalah Ahli Parlimen Rasah, Kota Melaka, Ipoh Barat, Kulim Bandar Baharu, Setiawangsa, Kuala Kedah, Alor Setar dan Hulu Selangor ditawarkan habuan serta jawatan untuk menyokong kerajaan.

Post a Comment

0 Comments