PRESIDEN Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu membidas tawaran Ahli Parlimen Pagoh, Mahiaddin Md Yasin supaya pihak pembangkang bekerjasama dan menyokong dirinya dalam usul undi Percaya di Parlimen nanti.
Menerusi satu hantaran di Twitternya, beliau yang merupakan bekas Menteri Pertahanan berkata tindak tanduk terdesak Mahiaddin itu yang dianggap sebagai helah untuk mengekalkan jawatannya adalah sangat memalukan.
Justeru tegasnya, Mahiaddin sudah tidak lagi mendapat majoriti untuk terus mentadbir negara pada ketika ini dan perlu meletak jawatan.
"Hilang majoriti sila letak jawatan. Tidak perlu lagi untuk tawar menawar menggunakan jawatan yang sudah tidak sah. Memalukan satu dunia menonton,' katanya.
Pada petang Jumaat, Muhyiddin mengajak kerjasama rentas parti antara kerajaan Perikatan Nasional (PN) dengan parti di luar kerajaan.
Dia turut mengariskan tujuh tawaran sekiranya usul undi percaya terhadapnya diluluskan di Dewan Rakyat pada 7 September depan.
Ia antaranya semua Ahli Parlimen akan menerima peruntukan tahunan yang sama tanpa mengira parti politik.
Ketua Pembangkang, datuk Seri Anwar Ibrahim pula akan diberi saraan dan kemudahan setara dengan seorang Menteri Kanan sekiranya usul terhadapnya diluluskan.
Tawaran itu dibuat ekoran timbul dakwaan berhubung status keabsahan beliau sebagai perdana menteri sudah tiada kerana kehilangan majoriti.
Sementara itu, Parti Pejuang Tanahair (Pejuang) melihat tawaran dikemuka Mahiaddin sebagai usaha terdesak bagi terus mempertahankan jawatannya.
Presidennya, Mukhriz Mahathir berkata, tawaran yang dapat diibaratkan sebagai rasuah itu hanya bertujuan untuk menguntungkan diri Muhyiddin sendiri.
"Sudah terang lagi bersuluh, ini usaha terdesak Mahiaddin (Muhyiddin) bagi mengekal kuasa dengan cara yang cukup tidak bermaruah.
![]() |
Mahiaddin perlu hormati Perkara 43(4) Perlembagaan |
Justeru beliau sependapat dengan ramai pemimpin lain bahawa Muhyiddin sepatutnya menghormati Perkara 43(4) Perlembagaan Persekutuan dan meletakkan Jawatan sebagai perdana menteri.
0 Comments