HARAPAN anggap Mahiaddin membelakangkan Agong


MAHIADDIN MD YASIN yang keabsahan kedudukannya sebagai perdana menteri sedang dipertikaikan didakwa membelakangkan Yang di-Pertuan Agong.

Majlis Presiden Pakatan Harapan (HARAPAN) berkata begitu sebagai merujuk kepada tindakan Mahiaddin yang berkata bahawa ketika ini tiada mana-mana ahli parlimen yang dapat membuktikan dia mendapat sokongan majoriti ahli Dewan Rakyat.

"Muhyiddin dengan jelas membelakangi fungsi dan kuasa Yang di-Pertuan Agong selaku ketua utama negara seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, khususnya Perkara 43(2)(a)," katanya kenyataan bersama  Datuk Seri Anwar Ibrahim; Mohamad Sabu, dan Lim Guan Eng.

Sebagai rekod, Perkara 43 (2)(a)  merujuk kepada kuasa Agong untuk melaksanakan pertimbangan budi bicara baginda bagi melantik seorang ahli parlimen sebagai perdana menteri yang pada hematnya mungkin mendapat kepercayaan majoriti anggota Dewan Rakyat.

Dengan pengakuan terbuka Mahiaddin bahawa dia tidak lagi mendapat sokongan majoriti di parlimen, dia wajib meletak jawatan seperti terkandung dalam Perkara seperti diatas.

"Oleh yang demikian, HARAPAN mengambil pendirian untuk menolak keras segala tawaran tidak ikhlas Muhyiddin. Tumpuan seharusnya diberi untuk menyelamatkan rakyat, bukan kerjaya politik Muhyiddin.

"Sebaliknya, HARAPAN memilih untuk bersolidariti dengan rakyat yang sedang menderita akibat pandemik Covid-19.

"Kami yakin mampu mengemukakan suatu perancangan yang lebih baik, terutama untuk menangani pandemik Covid-19, menghidupkan semula ekonomi, serta menyelamatkan rakyat dan mata pencarian mereka," katanya kenyataan itu lagi.

Sementara itu, Majlis Presiden juga menyelar tindakan Mahiaddin yang menawarkan 'habuan' sekiranya Ahli Parlimen pembangkang bersetuju dengan idea rentas parti dikemukakannya dan menyokong dirinya pada usul undi percaya terhadapnya nanti.

Tegas mereka, Mahiaddin menjadi perdana menteri pertama dalam sejarah yang menawarkan "rasuah secara terang-terangan" melalui siaran secara langsung di televisyen.

Tawaran itu, kata mereka, dibuat di hadapan seluruh rakyat Malaysia.

 Tawaran Mahiaddin dianggap rasuah terang-terangan
"Ini kali pertama dalam sejarah Malaysia seorang perdana menteri mengakui kehilangan sokongan majoriti namun secara terang-terangan terus menagih sokongan pembangkang," katanya merujuk kepada pelbagai janji yang diikrarkan Mahiaddin.

Antara lain Muhyiddin menjanjikan peruntukan yang sama kepada ahli parlimen pembangkang - sama seperti apa dinikmati ahli parlimen kerajaan - jika mereka menyokong usul percaya yang akan dibawa ke sidang parlimen tidak lama lagi selain saraan dan kemudahan kepada ketua pembangkang, datuk Seri Anwar Ibrahim yang setara dengan menteri kanan

Post a Comment

0 Comments