SETIAUSAHA AGUNG parti KEADILAN, Saifuddin Nasution Ismail membuat pendedahan bahawa lima ahli parti itu cuba 'dibeli' untuk menyokong kerajaan Mahiaddin Md Yasin.
Pendedahan itu menyusul dakwaan empat Ahli Parlimen dari DAP semalam bahawa mereka ditawarkan ganjaran dan habuan untuk berpaling tadah sekaligus menambah sokongan kepada Perikatan Nasional.
"Usaha membeli ahli parlimen sedang berjalan rancak. Dalam 48 jam terakhir beberapa anggota Dewan Rakyat daripada KEADILAN dihubungi dengan tawaran jawatan dan tunai.
"Jelas ini langkah terdesak kerajaan PN untuk sambung hayat politik mereka tanpa segan silu," kata dipetik laporan Malaysiakini.
Lima Ahli Parlimen yang ditawar ganjaran itu adalah Leow Hsiad Hui (Hulu Selangor), Azman Ismail (Kuala Kedah), Chan Ming Kai (Alor Setar), Muhammad Bakhtiar Wan Chik (Balik Pulau) dan Nik Nazmi Nik Ahmad (Setiawangsa).
"Sumber yang menghubungi itu dari nombor telefon yang sama tetapi skrip berbeza.
"Ada juga ditawar jawatan menteri yang kosong sekarang," katanya lagi.
Mahiaddin berdepan isu keabsahan setelah 13 Ahli Parlimen Umno menarik semula sokongan kepada perdana menteri itu.
Dalam satu 'perutusan khas' Mahiaddin berkata bahawa pihaknya akan membawa usul undi percaya di Dewan Rakyat pada September depan bagi membuktikan dia memiliki majoriti.
Namun pembangkang dan beberapa pemimpin Umno termasuk Ahmad Zahid Hamidi dan bekas perdana menteri Najib Razak mendesak Muhyiddin agar mengadakan sidang parlimen secepat mungkin.
Sementara itu Saifuddin berkata, cubaan menawarkan habuan itu merupakan sebab mengapa Muhyiddin mahu melengahkan persidangan parlimen.
"Ini sebabnya (membeli ahli parlimen pembangkang) mengapa Perdana Menteri Muhyiddin Yassin buat undi percaya bulan September.
"Saya ucap syabas kepada semua rakan-rakan MP yang mendedahkan langkah belakang tabir oleh kerajaan PN ini agar rakyat boleh mengenali politik jijik mereka ketika negara sedang berdepan pandemik covid19, mereka pula lebih bimbang kuasa politik hilang," katanya.
![]() |
5 Ahli Parlimen KEADILAN cuba dibeli |
Mendakwa mendakwa ditawarkan sehingga RM30 juta agar menyokong Kerajaan PN.
0 Comments