JAGUH lumba basikal negara Datuk Azizulhasni Awang menghadiahkan pingat perak buat negara dalam acara keirin Olimpik Tokyo 2020 di Velodrom Izu, Shizuoka.
Anak kelahiran Terengganu itu yang menjadi satu-satunya wakil Asia dalam saingan akhir acara itu tamat perlumbaan di tempat kedua di belakang juara bertahan dan pemenang pingat emas Olimpik tujuh kaliJason Kenny dari Great Britain, manakala gangsa dimenangi juara dunia dari Belanda, Harrie Lavreysen
Terdahulu, bekas juara dunia berusia 33 tahun itu beraksi cemerlang di peringkat separuh akhir untuk mara ke peringkat akhir.
Dalam saingan peringkat akhir yang penuh dramatik, penyandang juara Kenny mempamerkan kayuhan luar biasa sejak peringkat awal lagi untuk terus menguasai perlumbaan sehingga ke akhir bagi mengekalkan kejuaraannya.
Sementara itu, Azizulhasni mengakui perjalanannya tidak mudah dan telah memberi segala-galanya pada saingan itu.
"Saya memang sasar untuk menang emas. Semalam saya tak lena tidur memikirkan hari ini.
"Masa perlumbaan, saya ingat muka anak-anak, isteri dan keluarga. Buat yang terbaik untuk mereka.
"Masa saya terbang ke Tokyo saya dapat tahu ayah saya masuk hospital kerana mild stroke (angin ahmar). Tapi adik-beradik saya mahu saya fokus Olimpik. Saya tiada pilihan, saya fikirkan tanggungjawab saya kepada negara.
"Ada masa memang kena terima, bukan semua kita boleh kawal. Saya sudah beri segala-galanya dan saya harap semua tidak kecewa dengan keputusan ini," katanya dipetik.
![]() |
| Azizulhasni sekali lagi banggakan negara |
Sebagai rekod, Pingat dimenangi Azizulhasni merupakan pingat kedua dan terakhir Malaysia untuk edisi Olimpik kali ini.
Malaysia sebelum ini memenangi gangsa menerusi beregu badminton, Aaron Chia dan Wooi Yik.



0 Comments