Muhammad Sanusi terkait kontroversi lagi


MENTERI BESAR
Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor terkait kontroversi lagi.

Seorang Ahli KEADILAN Cabang Sungi Siput, Indrani Selvakumar semalam membuat satu laporan kepada  kepada Suruhan Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) selepas mendakwa Sanusi menyalahgunakan kuasa dalam pemberian sebuah projek berkaitan sektor pelancongan negeri.

Projek itu yang bernilai berbilion ringgit menurutnya diberikan kepada sebuah syarikat yang dikaitkan dengan seorang tokoh yang telah muflis.

Indrani Selvakumar, ahli PKR cabang Sungai Siput membuat laporan di Ibu pejabat SPRM, Putrajaya pagi tadi.

Katanya, ini berdasarkan pencariannya dengan Jabatan Insolvensi.

"Saya ada bukti menunjukkan kerajaan negeri Kedah memberi projek kepada sebuah syarikat di mana salah seorang individu dalam syarikat digelar muflis.

"Individu yang sama pernah didakwa oleh Suruhanjaya Sekuriti atas dakwaan manipulasi pasaran.

"Soalannya, bagaimana syarikat dia boleh dianugerah projek bernilai RM1 bilion. Saya mengharapkan SPRM akan membuat siasatan terperinci mengenai kes ini," katanya dipetik laporan.

Sehari sebelumnya Indrani membuat laporan kepada polis berhubung dakwaan dibuatnya itu. Beliau turut menuntut penjelasan dari Sanusi.

“Adakah beliau melakukan pemeriksaan latar belakang?” soalnya.

Sementara itu Sanusi dalam satu laporan menafikan kerajaan negeri memberikan projek itu kepada syarikat berkenaan.

Projek itu yang difahamkan sebagai projek pembangunan litar lumba di kawasan Bukit Malut, Langkawi, katanya akan dibangunkan secara kerjasama antara Open Road Asia Sdn Bhd dengan Permodalan Kedah Berhad (PKB) yang bertindak sebagai pemilik tanah, bukan antara individu dengan individu.

Sanusi yang dipetik laporan sebuah portal permotoran berkata, terdapat kira-kira 1,600 kereta berkuasa tinggi di Langkawi.

Difahamkan ia berkaitan projek litar lumba
Dengan pembangunan litar itu jelasnya, pemilik kenderaan berprestasi tinggi tersebut dapat menikmati kehebatan kenderaan mereka dengan bayaran tertentu di litar tersebut.

Difahamkan, Sanusi adalah Pengerusi kepada PKB yang merupakan syarikat milik penuh kerajaan negeri.

Post a Comment

0 Comments