ISTANA NEGARA dilapor meminta pengesahan daripada Speaker Dewan Rakyat berhubung majoriti Perdana Menteri Muhyiddin Yassin di Parlimen.
Beberapa portal dalam talian hari ini membuat laporan itu berdasarkan surat yang tular yang difahamkan oleh Datuk Pengelola Bijaya Istana Negara Ahmad Fadil Shamsuddin kepada Speaker, Azhar Harun pada 9 Ogos.
Sumber yang mengetahui perkara itu mengesahkan kesahihan warkah berkenaan kepada portal Malaysiakini.
Manakala sumber yang identitinya enggan didedahkan melalui portal FMT berkata, surat itu dihantar Speaker Dewan Rakyat Azhar Harun untuk mendapatkan maklumat terkini jumlah Ahli Parlimen yang menyokong Muhyiddin susulan beberapa perkembangan semasa.
“Kemas kini mendapati lebih ramai Ahli Parlimen Umno mengumumkan mereka menarik balik sokongan terhadap Muhyiddin,” kata sumber itu dpetik.
Menurut laporan, 15 Ahli Parlimen daripada Umno telah menarik sokongan terhadap Muhyiddin dan kerajaan Perikatan Nasional (PN) baik melalui pengumuman awam atau akuan berkanun (SD), menjadikan jumlah Ahli Parlimen yang menyokong kerajaan hanya tinggal 100 berbanding 222 kerusi di Dewan Rakyat.
Azhar diminta menjawab surat itu sebelum jam dua petang pada 10 Ogos - dua hari lepas.Sumber itu bagaimana pun tidak dapat memastikan sama ada Azhar telah menjawab surat berkenaan.
Bagaimanapun, awal hari ini, Ketua Pemuda Umno Asyraf Wajdi Dusuki mengatakan portal berita Malaysiapost telah menerbitkan sebuah artikel yang mendakwa Azhar telah memberi maklum balas kepada Istana dengan mengakui bahawa kerajaan telah kehilangan majoriti.
Portal itu mendakwa dalam surat kepada Yang di-Pertuan Agong, Azhar mendedahkan bahawa Muhyiddin hanya mendapat sokongan 100 Ahli Parlimen di Dewan Rakyat berikutan peletakan jawatan Menteri Pengajian Tinggi Noraini Ahmad.
![]() |
Istana hantar surat kepada Speaker dewan |
Malaysiapost melalui laporanya berkata, Azhar enggan mengesahkan mengenai ketulenan surat balasannya kepada istana.
“Maaf, saya tak boleh komen mengenai komunikasi rasmi saya, lebih-lebih lagi kalau dengan pihak istana,” kata Azhar dipetik sebagai berkata menerusi aplikasi WhatsApp.
0 Comments