MAHIADDIN Md Yassin diadukan kepada Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) susulan tawaran dibuatnya kepada Ahli Parlimen pembangkang pada Jumaat.
Angkatan Muuda Keadilan (AMK) melalui ketuanya Akmal Nasir, serta ketua biro undang-undang sayap itu Chiew Choon Man berkata, ucapan Ahli Parlimen Pagoh itu mengandungi unsur-unsur yang bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan dan memberi kesan negatif kepada kedaulatan undang-undang selain menjejaskan kewibawaan institusi kerajaan.
Mereka mengesyaki dia sudah melakukan kesalahan mengikut Seksyen 21 Akta SPRM membabitkan tawaran suapan kepada pegawai badan awam untuk mendorong mereka mengundi atau tidak mengundi dalam mesyuarat awam.
"Memandangkan unsur sogokan tersebut dibuat secara langsung di televisyen, maka AMK mengemukakan laporan kepada SPRM ini secara terbuka agar siasatan dapat dijalankan ke atas Mahiaddin," kata mereka.
Mahiaddin yang sedang mencari sokongan untuk mengekalkan jawatannya telah menawarkan imbuhan kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berupa saraan dan kemudahan setaraf menteri kanan sekiranya usul percaya terhadapnya diluluskan diDewan Rakyat.
Dia turut berkata akan memberi peruntukan setara Ahli Parlimen kerajaan kepada pihak pembangkang.
Pemimpin politik dan warganet kemudian menyifatkan tawaran dibuat itu sebagai satu bentuk rasuah terang-terangan bagi mendapatkan manfaat untuk dirinya.
Malah Ketua Pembangkang, DatuK Seri Anwar Ibrahim berkata, imbuhan setara menteri yang kepada beliau sebagai Ketu Pembangkang juga adalah satu bentuk penghinaan terhadap dirinya.
Sementara itu tegas Akmal dan Chiew, kenyataan dibuat Mahiaddin dalam perutusan khasnya juga jelas mengakui dia telah hilang kepercayaan majoriti dalam kalangan ahli Dewan Rakyat.
"Menurut Perkara 43 (4) Perlembagaan Persekutuan, jika perdana menteri tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat, maka dia hendaklah meletakkan jawatan melainkan atas permintaannya, parlimen dibubarkan oleh Yang di-Pertuan Agong.
"Bagaimanapun, daripada meletakkan jawatan Muhyiddin sebaliknya membuat pelbagai tawaran yang berbentuk sogokan kepada seluruh ahli Dewan Rakyat bagi mendapat sokongan mereka bagi membolehkan dia kekal menjadi perdana menteri," kata mereka.
![]() |
Syak Mahiaddin langgar Seksyen 21 Akta SPRM |
Berdasarkan maklumat yang disebarkan Amanah, parti itu membuat aduan itu di beberapa balai polis semalam dengan diketuai Ketua Biro Mobilisasi Amanah Mohd Sany Hamzan.
0 Comments