Mahiaddin Yasin disaran ambil alih jawatan Ketua Pembangkang


MAHIADDIN
Yasin disaran agar bersiap sedia untuk mengambil alih jawatan ketua pembangkang kerana beliau kini dianggap bukan lagi perdana menteri yang sah.

Saranan itu dibuat Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Kedah, Mohammed Firdaus Johari susulan tawaran dibuat Mahiaddin kepada Ahli Parlimen pembangkang supaya meluluskan usul terhadapnya di Dewan Rakyat nanti.

Melalui satu kenyataan media pada Sabtu, Mohammed Firdaus berkata, Mahiaddin sewajarnya meletak jawatan secara sukarela setelah mengakui beliau mempunyai kelemahan dan kekurangan ketika berucap dalam perutusan khas pada Jumaat lalu.

Tambahan lagi tawaran dibuat Mahiaddind alam ucapan itu  berbentuk sogokan kepada seluruh ahli Dewan Rakyat bagi membolehkan beliau kekal sebagai Perdana Menteri.

“AMK Kedah kesal kerana ruang ucapan khas Muhyiddin pada Jumaat hanya digunakan sepenuhnya untuk berpolitik. Kami juga mengecam tindakan beliau membuat tawaran kepada ketua pembangkang untuk diberikan saraan dan kemudahan setara dengan seorang menteri kanan," katanya.

Mengulas lanjut beliau turut membidas kenyataan Mahiaddin bahawa tiada seorang pun ahli Dewan Rakyat lain yang dapat membuktikan dia mendapat sokongan majoriti ahli Dewan Rakyat untuk membolehkan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah melantik Perdana Menteri baharu.

Kenyataan seperti itu jelasnya seolah-olah merampas kuasa dan mendahului tugas Yang di-Pertuan Agong. Di bawah Perkara 40(2) Perlembagaan, Seri Paduka Baginda bertanggungjawab untuk melantik seorang Perdana Menteri baharu dari kalangan ahli Dewan Rakyat.

Perutusan khas Mahiaddin dikecam ramai
Sementara itu, Mohammed Firdaus turut melahirkan rasa kecewa dengan 'perutusan khas' Mahiaddin itu, ini jelasnya kerana di saat rakyat dan petugas barisan hadapan tertunggu-tunggu sebarang pengumuman penting berkenaan pakej bantuan atau inisiatif kerajaan bagi menangani penularan wabak Covid-19, sebaliknya rakyat disajikan dengan helah politik.

“Ternyata apa yang diharapkan oleh rakyat tidak berlaku dan jauh meleset,” katanya.

Post a Comment

0 Comments