PERDANA MENTERI, Mahiaddin Md Yasin dilapor dititahkan supaya mengadakan sidang Dewan Rakyat lebih awal berbanding rancangan asalnya untuk sidang diadakan pada September nanti.
Perkara itu dinyatakan dalam laporan Malaysiakini yang memetik seorang sumber yang tahu berkenaan apa yang berlaku ketika Mahiaddin menghadap Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sebelum mesyuarat kabinet di Istana Negara pagi tadi.
"Tuanku telah mengarahkan perdana menteri percepat tarikh (sidang Parlimen)," menurut sumber itu yang merupakan seorang individu berpangkat tinggi.
Titah itu menyusul di tengah-tengah ketidaktentuan berkenaan keabsahannya sebagai perdana menteri.
Difahamkan sidang patut diadakan lebih awal berbanding 6 September - iaitu tarikh yang telah ditetapkan untuk istiadat pembukaan sidang pertama Dewan Rakyat tahun ini.
"Agong turut mengingatkan Muhyiddin berkenaan keperluan untuk membuktikan majoritinya di Parlimen, dan membuat apa yang perlu selaras Perkara 43(4) Perlembagaan Persekutuan," kata sumber tersebut lagi.
Mahiaddin kini berdepan situasi sukar untuk mengekalkan kuasanya setelah 14 Ahli Parlimen Umno menyatakan pendirian untuk tidak menyokong dia sebagai perdana menteri.
Sekiranya jumlah tersebut digabungkan dengan 105 Ahli Parlimen pembangkang yang secara konsisten menyatakan penolakan terhadap Mahiaddin jelas Presiden Bersatu itu telah hilang kepercayaan Ahli Dewan Rakyat untuk terus mengetuai kerajaan.
Perkara 43(4) Perlembagaan Persekutuan menyatakan yang perdana menteri perlu meletakkan jawatan jika dia tidak lagi mempunyai keyakinan majoriti ahli parlimen, kecuali jika Agong menitahkan agar Dewan Rakyat dibubarkan.
Pembubaran Dewan Rakyat ketika pendemik masih memuncak dilihat tidak mungkin akan berlaku.
Sementara itu portal berkenaan memberitahu, pihak mereka sedang menanti ulasan dari Pejabat Perdana Menteri (PMO) dan pejabat Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Ahmad Fadil Shamsuddin bagi memberi respon kepada dakwaan sumber tersebut.
Untuk rekod, pada 3 Ogos lalu, Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan keputusan parti itu untuk tidak lagi menyokong PN, dan mendakwa ia bermakna kerajaan Muhyiddin tidak lagi memiliki sokongan majoriti dan justeru telah hilang keabsahannya.
![]() |
Mahiaddin hilang sokongan Ahli Dewan |
Bagaimanapun, kebanyakan ahli parlimen, terutama daripada pembangkang, mendesak undi percaya itu perlu dilakukan lebih awal.