PIHAK berkuasa negara ini digesa supaya segera menghentikan tindakan terhadap pihak yang mengkritik ahli Politik.
Gesaan itu disuarakan Angkatan Muda KEADILAN susulan penahanan beberapa individu kerana menyelar Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor yang dikecam ramai susulan gurauannya mengenai kontena mayat pesakit Covid-19 sebelum ini.
Ketua AMK Kedah, Mohammed Firdaus Johari dan setiausaha biro undang-undang parti itu, Darwin Lim Chee Chien berkata penahanan itu adalah penindasan terhadap kebebasan bersuara dan bertentangan dengan undang-undang.
"Kami percaya bahawa menggunakan undang-undang tersebut untuk menyiasat individu terbabit adalah satu bentuk penindasan terhadap kebebasan bersuara dan merosakkan konsep semak dan imbang rakyat terhadap kerajaan.
"Siasatan polis terhadap mereka adalah tindakan kejam dan bertentangan dengan peraturan undang-undang negara kita kerana kebebasan bersuara termaktub di bawah Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan," kata mereka dalam kenyataan bersama.
Mepat individu dilapor ditahan dan ditangkap dan disiasat mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955, Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Ia setelah beberapa laporan polis difailkan pegawai Sanusi berhubung kritikan individu tersebut melahirkan rasa tidak puas hati dengan cara Timbalan Presiden PAS Itu menjawab soalan wartawan yang kemudian dirujuk sebagai 'gurauan'.
Susulan penahanan seorang warga emas berusia 61 tahun di Lenggeng, Negeri Sembilan pada 3.57 pagi susulan isu itu, Sanusi sekali lagi dikritik warganet yang tidak berpuas hati dengan cari dia menangani kritikan terhadapnya.
Warganet mempertikai sikap di pihak Sanusi yang boleh pula ‘bergurau’ mengenai penggunaan kontena untuk mayat Covid-19 dan memberi sokongan moral kepada warga emas yang ditahan itu
Sementara itu `Firdaus dan Lim melahirkan rasa bimbang tindakan polis itu akan mewujudkan budaya ketakutan dan orang ramai tidak lagi berani menggunakan hak mereka yang dijamin dalam perlembagaan.
“Oleh itu, kami mendesak polis untuk menghentikan penggunaan undang-undang tersebut terhadap individu berkenaan.
![]() |
Banyak pihak bidas tindak tanduk Sanusi |
Penangkapan individu berkenaan baru-baru ini oleh polis mendapat reaksi balas pelbagai pihak termasuk Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, P Ramasamy.
Sanusi yang tidak asing dengan kontroversi pernah didenda kerana memandu uji kenderaan ketika perintah kawalan pergerakan (PKP).
0 Comments