WANITA yang mendakwa menjadi mangsa rogol kepada dua lelaki yang dikaitkan dengan ADUN Gombak Setia Hilman Idham akan memfailkan saman sivil terhadap Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Perkara itu dimaklumkan peguam mewakili wanita berkenaan, Asheeq Ali Sethi Alivi yang mendakwa tiada sebarang jawapan atau perkembangan siasatan kes dimaklumkan kepada pihaknya setelah hampir sembilan bulan membuat laporan polis dibuat.
“Ini kerana permintaan awal anak guam saya untuk perkembangan terkini pada Jun lalu masih tidak dijawab.
“Anak guam saya berhak tahu sebarang perkembangan atau hasil siasatan. Sembilan bulan terlalu lama dan kami tidak boleh bertolak ansur dengan kelewatan itu,” katanya di luar Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur selepas menghantar surat untuk meminta maklumat berhubung kes itu.
Katanya, surat pertama mereka pada 10 Jun melalui e-mel kepada PDRM dan ketua polis negara tidak berbalas.
Katanya, saman itu akan difailkan jika surat terbaru hari ini tidak dijawab dalam masa tujuh hari.
Pada 24 Mei lalu, polis berkata hampir menyelesaikan siasatan berhubung tuduhan rogol terhadap wanita 33 tahun itu.
Sebelum ini tular rakaman CCTV yang memaparkan seorang wanita dipapah ke bilik hotel oleh seorang lelaki yang didakwanya sebagai Hilman.
Wanita itu kemudian mendakwa dirogol kenalan Hilman yang menyertai mereka dalam sesi karaoke di sebuah hotel di Sri Hartamas, Kuala Lumpur sempena sambutan hari jadinya.
Menurut laporan polis pertamanya, dia terbangun pada pukul empat pagi pada 5 Disember di sebuah bilik hotel dalam keadaan berbogel sendirian, merasakan dirinya dinodai setelah menemui kondom di bilik mandi.
Mangsa membuat laporan polis pertama yang mendakwa dua lelaki merogolnya, namun menarik balik laporan pada 8 Disember kerana mendakwa diugut.
Dia bagaimanapun berubah fikiran dan meminta siasatan dilakukan pada Januari dan satu lagi laporan polis kedua pada 8 Mei dan mendakwa Hilman "merancang" insiden tersebut.
![]() |
Mangsa ada hak ketahui perkembangan kesnya |
"Ini adalah kes rogol yang melibatkan nama-nama besar. Laporan juga telah dibuat tetapi kenapa mengambil masa yang terlalu panjang?” katanya dalam sidang media yang disiarkan secara langsung di media sosial.
0 Comments