SEBUAH gabungan bukan kerajaan (NGO) mahu Mahiaddin Md Yasin selaku perdana menteri memanggil sidang Parlimen segera.
Gabungan hampir 40 NGO itu yang menamakan diri mereka sebagai Gabungan Bertindak Memorandum Rakyat Malaysia (GBMRM) membuat gesaan itu melalui satu memorandum yang disampaikan kepada Istana Negara semalam.
Mereka berharap yang Yang di-Pertuan Agong menggunakan kuasa dan budi bicara baginda dengan mengarahkan Mahiaddin mengadakan memanggil Parlimen bersidang semula pada Jumaat berbanding bulan depan.
“Keputusan menangguhkan persidangan turut mencetuskan polemik politik dan kontroversi, lebih-lebih lagi kerana tiada rasional dan sebab signifikan untuk mewajarkan langkah itu.
“Kami menganggapnya Perdana Menteri cuba mengambil masa untuk membolehkan beliau meraih sebanyak mungkin sokongan daripada Ahli Parlimen,” kata penyelaras gabungan itu, Mustafa Mansor.
Mustafa berkata, gabungan itu mahu Muhyiddin membuktikan beliau mempunyai sokongan majoriti Ahli Parlimen untuk mengesahkan kedudukannya sebagai Perdana Menteri dan ketua kerajaan Perikatan Nasional.
“Tindakan tegas perlu diambil, jika bukti menunjukkan beliau tidak mempunyai sokongan majoriti. Tindakan mesti diambil untuk menggantikan kerajaan PN yang gagal mentadbir negara.”tambah beliau.
Semalam media melaporkan bahawa yang Seri Paduka baginda telah menitahkan agar Ahli Parlimen Pagoh itu mengadakan sidang khas dengan segera.
Sumber yang enggan dinamakan berkata, ia berlaku ketika Mahiaddin menghadap Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sebelum mesyuarat kabinet semalam.
Agong juga menurut sumber berjawatan tinggi itu turut mengingatkan Muhyiddin berkenaan keperluan untuk membuktikan majoritinya di Parlimen, dan membuat apa yang perlu selaras Perkara 43(4) Perlembagaan Persekutuan.
Perkara 43(4) Perlembagaan Persekutuan menyatakan yang perdana menteri perlu meletakkan jawatan jika dia tidak lagi mempunyai keyakinan majoriti ahli parlimen.
![]() |
Perlu buktikan sokongan secepat mungkin |
Sementara itu, Mustafa mengingatkan Mahiaddin agar mendukung demokrasi dengan membuktikan sokongan majoritinya, sama ada kepada Agong atau Dewan Rakyat.
0 Comments