SAMAN fitnah difailkan Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Saifuddin Nasution Ismail terhadap Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin akan diselesaikan secara mediasi.
Perkara itu dimaklumkan peguam William Leong yang mewakili Saifuddin seperti dilapor Malaysiakini.
Tahun lalu, Saifuddin memfailkan saman fitnah terhadap Zuraida yang merupakan Ahli Parlimen Ampang susulan kenyataannya pada majlis makan malam Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 di sebuah hotel di sini pada 8 Disember tahun lalu menjejaskan reputasi beliau.
Zuraida menuduh beliau terlibat dengan rasuah ketika memegang jawatan dalam yayasan kebajikan Tok Kenali di bawah pemerintahan Kelantan.
Sebagai rekod, Saifuddin dilantik sebagai pengurus Tabung Tok Kenali pada 2004 hingga 2007 oleh menteri besar Kelantan ketika itu, Nik Abdul Aziz Nik Mat.
![]() |
Zuraida didakwa fitnah Saifuddin |
KEADILAN sebelum ini turut memfailkan saman RM10 juta terhadap Zuraida kerana meninggalkan parti itu tahun lalu.