AHLI POLITIK veteran Sabah, Lajim Ukin dilapor telah ditidurkan selepas dijangkiti wabak Covid-19 sejak lapan hari lalu.
Ahli keluarga terdekat Lajim ketika dihubungi, berkata tindakan itu diambil oleh pasukan perubatan kira-kira jam 2 petang semalam selepas memaklumkan keluarganya.
"Sehari sebelum dimasukkan ke hospital, beliau menyertai lawatan kerja Ketua Menteri, Datuk Hajiji Noor, ke Kudat pada 12 Ogos sebelum mengadu kurang sihat ketika berada di rumah pada sebelah malam.
"Beliau dihantar ke Hospital KPJ Sabah bagi mendapatkan rawatan Covid-19 untuk pemantauan rapi sehingga hari ini.
"Semasa dikuarantin keadaan kesihatan beliau tidak menunjukkan sebarang kemajuan hingga menyebabkan keputusan diambil untuk menidurkannya pada hari ini,”kata ahli keluarga Pengerusi Eksekutif Amanah Ikthiar Malaysia (AIM) itu dipetik laporan.
Lajim 66, difahamkan menghidap penyakit kronik termasuk penyakit jantung dan buah pinggang ,kencing manis dan darah tinggi, namun semuanya dalam situasi terkawal.
Sebagai rekod, Lajim adalah Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
Ahli keluarga terdekat Lajim ketika dihubungi, berkata tindakan itu diambil oleh pasukan perubatan kira-kira jam 2 petang semalam selepas memaklumkan keluarganya.
"Sehari sebelum dimasukkan ke hospital, beliau menyertai lawatan kerja Ketua Menteri, Datuk Hajiji Noor, ke Kudat pada 12 Ogos sebelum mengadu kurang sihat ketika berada di rumah pada sebelah malam.
"Beliau dihantar ke Hospital KPJ Sabah bagi mendapatkan rawatan Covid-19 untuk pemantauan rapi sehingga hari ini.
"Semasa dikuarantin keadaan kesihatan beliau tidak menunjukkan sebarang kemajuan hingga menyebabkan keputusan diambil untuk menidurkannya pada hari ini,”kata ahli keluarga Pengerusi Eksekutif Amanah Ikthiar Malaysia (AIM) itu dipetik laporan.
![]() |
Lajim sebelum ini mengadu tak sihat |

0 Comments