DUA penganalisis politik beranggapan tawaran keanggotaan Ahli Parlimen pembangkang dalam Majlis Pemulihan Negara (MPN) dan Jawatankuasa Khas Menangani Covid-19, dikemukakan Ismalil Sabri Yaakob sebagai perangkap yang “pintar dan licik”.
Oh Ei Sun, felo di Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura dipetik laporan FMT berkata, ia adalah “idea yang buruk untuk menyertainya” memandangkan majlis dan jawatankuasa itu adalah institusi sekunder, bukan badan pembuat keputusan tertinggi atau badan pembuat dasar kerajaan.
Tawaran itu juga tidak sama dengan pembentukan kerajaan perpaduan sebaliknya sebagai cara untuk mengatakan “saya menawarkan mereka untuk menyertainya tetapi mereka tidak mempunyai semangat kenegaraan. Ia adalah umpan licik,” katanya.
Beliau memberi contoh bagaimana nasihat Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham kepada kerajaan supaya tidak menamatkan khidmat pengamal perubatan am (GP) daripada program imunisasi kebangsaan juga tidak diikuti.
“Beliau adalah tokoh terkemuka dan panduannya ditolak. Apatah lagi jika cadangan itu datang daripada pembangkang,” katanya dipetik.
Bukan sekadar tawaran itu sebagai perangkap, beliau juga berkata sekiranya tawaran itu diterima, pembangkang akan terheret sama sekiranya kerajaan gagal dalam usaha memulih negara dan menangani pendemik.
“Sekiranya kerajaan gagal, pembangkang akan turut terpalit kerana mempunyai kaitan,” katanya.
Ismail menawarkan kerjasama rentas parti itu menerusi ucapan khas pertamanya selepas dilantik sebagai Perdana Menteri kesembilan pada Ahad.
Naib Presiden Umno itu mendakwa kerjasama rentas parti yang ditawarkan itu bertujuan untuk mewujudkan kestabilan politik menerusi kebersamaan.
![]() |
Blok pembangkang perlu berhati-hati |
“Sekiranya mereka menjadi ahli biasa tanpa kuasa membuat keputusan, mereka mungkin terperangkap jika berlaku masalah,” katanya menurut laporan sama.
0 Comments