Jangan tutup kelemahan dengan salahkan Anwar - Ramasamy



TIMBALAN Ketua Menteri Pulau Pinang P Ramasamy menegaskan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak seharusnya dijauhi atas kegagalan mendapatkan angka diperlukan untuk menjadi perdana menteri.

Dipetik laporan FMT, Ramasamy berkata seharusnya gabungan itu melakukan penilaian kritikal dan bukannya mencari kesilapan mengapa mereka gagal mendapatkan sokongan.

“Menyalahkan Anwar bukan satu tindakan yang bijak. Parti komponen Pakatan Harapan (HARAPAN) mesti menangani persoalan berhubung kepimpinan masa depan untuk berdepan pilihanraya umum selepas ini (PRU15),” katanya dalam kenyataan.

 Beliau turut menggesa orang ramai supaya sentiasa ingat bahawa tanpa pengaruh Anwar, pembangkang tidak mungkin boleh berada di kedudukan untuk membentuk kerajaan alternatif.

“Setahu saya, Anwar masih lagi pemimpin pembangkang. Terdapat sedikit perbezaan antara jumlah sokongan Ahli Parlimen terhadap Anwar dan Ismail Sabri Yaakob,” katanya lagi.

Terdahulu, beberapa pihak dilihat cuba menyalahkan Anwar susulan percubaan Ketua Pembangkang itu untuk dilantik perdana menteri gagal. Mereka seoalh-olah cuba mempertikai ketokoh dimiliki Anwar.

Ketua Amanah Bukit Bintang, Ahmad Asri Talib mencadangkan seorang ketua pembangkang baharu bagi mengantikan kepimpinan sedia ada perlu dilakukan.

Katanya, menukar ketua pembangkang akan mengembalikan kepercayaan rakyat jelata dan membina kembali kerajaan yang dihormati.
 
Bagaimanapun cadangan separuh masak itu dilihat tidak rasional, terutama komen-komen warganet berhubung lantikan perdana menteri baru-baru ini menunjukkan rakyat masih mengharapkan Anwar.
 
Sementara itu Ramasamy turut mengkritik pandangan bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad yang mungkin menganggap kekalahan Anwar itu disebabkan tidak mendapat sokongan

"Ia begitu mudah diucapkan oleh seseorang yang enggan menyerahkan kedudukan itu kepada Anwar seperti yang dijanjikan di bawah kerajaan Pakatan Harapan sebelum ini.

Anwar main peranan penting kuatkan pembangkang
“Ya, Pejuang pimpinan Mahathir mungkin menyokong Anwar tetapi ia sudah terlambat. Daripada terus kecewa, pembangkang harus membincangkan rancangan masa depan dengan serius.

“Lebih penting lagi, ia perlu membuat strategi bagaimana untuk memenangi pilihan raya berikutnya. Ini termasuk siapa yang boleh dipercayai dan apa pakatan yang perlu dibuat. Tiada pemimpin yang diketepikan,” katanya lagi.

Post a Comment

0 Comments