USAHA memperkukuh blok pembangkang akan dipergiatkan bakal dipergiatkan melalui konsep ‘khemah besar’, kata Majlis Presiden Pakatan Harapan (HARAPAN).
Dalam satu kenyataan, HARAPAN berkata semua parti politik pembangkang akan dijemput bagi menyertai atau bekerjasama dengan gabungan itu bagi memastikan mereka dapat menjadi “pembangkang yang berkesan”.
Jemputan itu akan dikemukakan dalam satu pertemuan dalam masa terdekat antara Ketua pembangkang Anwar Ibrahim dengan pemimpin-pemimpin parti pembangkang, seperti yang telah diputuskan majlis itu sebelum in
“Ketua pembangkang akan mengadakan satu pertemuan dengan pemimpin utama kesemua parti Pembangkang dalam masa terdekat, termasuk menjemput mereka untuk menyertai atau bekerjasama dengan HARAPAN.
“Ini selaras dengan ketetapan pemukiman kepimpinan HARAPAN di Port Dickson pada bulan April yang menyatakan keterbukaan berunding dan bekerjasama serta menggembleng seluruh tenaga di bawah konsep ‘khemah besar’ demi memantapkan blok pembangkang merangkumi 105 Ahli Parlimen,” kata mereka.
Menurut kenyataan itu lagi, perkara pertama yang bakal dibincangkan dalam pertemuan itu nanti antara lain mengenai isu politik semasa serta persiapan bagi menghadapi sidang Parlimen yang bakal bermula 6 September.
Ini termasuk kemungkinan diadakan sidang khas lebih awal untuk membahaskan usul undi percaya terhadap perdana menteri serta mengisi kekosongan timbalan speaker Dewan Rakyat susulan peletakan jawatan Azlina Othman Said.
Tambah kenyataan itu lagi, fokus utama mereka adalah untuk mengutarakan kritikan dan pandangan yang membina, selain membentangkan cadangan bersesuaian kepada dasar kerajaan berkaitan Covid-19, ekonomi, dan kebajikan rakyat.
![]() |
Blok pembangkang akan diperkukuh |