Dewan Rakyat mansuh RUU Antiberita Tidak Benar



RANG Undang-undang Antiberita Tidak Benar (Pemansuhan) 2019 diluluskan di Dewan Rakyat semalam.

Sebelumnya usul bagi memansuhkan undang-undang itu dibahaskan  selama dua hari.

Pemansuhan RUU itu diluluskan selepas 92 ahli Parlimen menyokong dan 51 lagi menentang dalam undi belah bahagian petang ini.

Sebagai rekod, Akta Antiberita Tidak Benar dikuatkuasakan pada 11 April 2018 ketika era pentadbiran kerajaan Barisan Nasional.

Ia didakwa digubal bagi menangani menangani penyebaran berita palsu dengan memperuntukkan hukuman penjara sehingga enam tahun dan denda RM500,000 jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun pengkritik ketiak itu mendakwa pengubalan akta tersebut bertujuan menutup mulut  musuh politik pentadbiran bekas perdana menteri Najib razak.

Sementara itu, usul memansuhkan akta itu yang dibahaskan semalam adalah kali kedua ia dibawa ke Dewan Rakyat. Cubaan kali pertama memansuhkannya pada September tahun lalu ditolak Ahli Dewan Negara melalui undi belah bagi.

Post a Comment

0 Comments