URUSAN berkaitan usul undi percaya terhadap Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob di Dewan Rakyat tidak akan berdepan kesulitan sekiranya kerajaan bersikap mengutamakan kebajikan rakyat.
Jaminan itu diberikan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebaik mengadakan pertemuan bersama Ismail di Putrajaya hari ini.
"Kita beritahu kalau suasana begini, kalau program-program (yang dibuat) pro kepada rakyat, kita tak akan persulitkan (undi percaya)," katanya kepada pemberita di luar Pejabat Perdana Menteri.
Anwar berkata demikian ketika ditanya sama ada Pakatan Harapan (HARAPAN) akan mengadakan menyokong Ismail jika undi percaya dibawa di Parlimen nanti.
Terdahulu Anwar bersama Mohamad Sabu dan Lim Guan Eng bertemu Ismail di Putrajaya bermula jam 2 petang.
Dalam pada itu, Anwar mengucapkan penghargaan atas langkah dibuat Ismail yang menjemput pembangkang untuk mengadakan pertemuan.
Langkah itu menurutnya adalah permulaan baik terutamanya dalam meredakan suhu politik yang kemudian disusuli perbincangan soal Covid-19 dan isu ekonomi rakyat dengan lebih berkesan.
“Jadi untuk mententeramkan dan mengurangkan suhu politik itu kita setuju, tapi kita berikan cadangan supaya isu pro rakyat diberi keutamaan. Kalau program pro rakyat, program tangani Covid-19 lebih berkesan, tidak ada masalah untuk kita jamin keadaan lebih terkawal.
![]() |
Kepentingan rakyat mesti jadi keutamaan |
Terdahulu, Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong sebelum ini menitahkan supaya perdana menteri yang dilantik untuk turut melibatkan kerjasama pembangkang.
0 Comments