HARAPAN digesa Ismail Sabri teruskan langkah reformasi


PERDANA MENTERI
, Ismail Sabri Yaakob digesa meneruskan langkah-langkah reformasi yang digariskan Pakatan Harapan (HARAPAN) sebelum ini yang bertujuan menyelamatkan rakyat.

Majlis Presiden HARAPAN berkata, usaha itu yang dimulakan ketika gabungan itu mengambil alih pentadbiran negara setelah Pilihan Raya Umum (PRU) lalu telah tergendala di bawah pentadbiran Ahli Parlimen Pagoh, Mahiaddin Md Yasin.

Selain meneruskan usaha reformasi itu, Majlis tersebut turut menggesa supaya pentadbiran bahawu melaksana penambahbaikan Pelan Pemulihan Negara. Ia dengan memastikan pogram saringan ujian awam iaitu FTTIS+V” (find, test, trace, isolate and support plus vaccinate) dilaksana dan memastikan sokongan tambahan diberi kepada sistem kesihatan awam.

Majlis Presiden juga membangkitkan dasar reformasi fiskal yang sebelum ini digariskan agar jumlah bantuan untuk rakyat ditingkatkan yang termasuk melalui suntikan tunai RM45 bilion secara langsung kepada pekerja, perniagaan dan sektor kesihatan.

“Laksanakan juga program moratorium pinjaman bank tanpa faedah demi menyelamatkan nyawa dan mata pencarian.

“(Laksana) reformasi institusi dengan memperkasa Parlimen melalui penggubalan Akta Suruhanjaya Perkhidmatan Parlimen, memperkukuh fungsi semak imbang Parlimen, serta mengiktiraf peranan pembangkang dengan benar-benar dilibatkan dalam usaha dan ikhtiar kerajaan.

Ismail Sabri perlu jaga kepentingan rakyat
“Akhir sekali, mulakan reformasi perundangan termasuk dengan melaksana Undi 18 dan Akta Anti Lompat Parti,” kata kenyataan itu dalam kenyataan.

Kenyataan itu ditandatangani Presiden KEADILAN yang juga pengerusi HARAPAN Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden AMANAH Mohamad Sabu, dan Setaiusaha Agung DAP Lim Guan Eng.

Post a Comment

0 Comments