PIHAK polis akan bertemu Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim untuk disoal siasat susulan perhimpunan Ahli Parlimen pembangkang di Dataran Merdeka.
Sebuah portal yang memetik sumber memberitahu, pihak polis dijangka bertemu dengan Ahli Parlimen Port Dickson di Ibu Pejabat KEADILAN, di Tropicana Square, pada jam 11 pagi.
Pertemuan itu adalah bagi merakam percakapan Anwar berhubung himpunan pada Isnin lalu.
Peguam Anwar, SN Nair, mengesahkan pertemuan berkenaan dan berkata beliau akan menemani Presiden KEADILAN berkenaan ketika soal siasat berlangsung.
Pihak polis dilapor semakin menggiatkan siasatan terhadap himpunan bagi membantah penutupan Parlimen yang sepatutnya disambung Isnin itu.
Semalam, lima Ahli Parlimen pembangkang hadir memberi kenyataan di Balai Polis Daerah Dang Wangi. Mereka adalah, Ahli Parlimen Ipoh Barat M Kulasegaran, Saifuddin Nasution Ismail (Kulim-Bandar Bharu), Mahfuz Omar (Pokok Sena), Salahuddin Ayub (Pulai) dan Gobind Singh Deo (Puchong).
Pada 4 Ogos lalu, enam Ahli Parlimen pembangkang turut direkod kenyataan, juga di Balai Polis Daerah Dang Wangi, manakala tiga Ahli Parlimen lain melakukan perkara sama pada Khamis.
Sementara itu, pihak polis juga menurut akhbar berbahasa Cina, Sin-Chew Daily telah memanggil lebih 20 petugas media dalam talian dan media cetak dipanggil berkaitan perarakan lebih 100 wakil rakyat pembangkang ke parlimen Isnin lalu.
![]() |
Ahli Dewan Rakyat bantah tutup Parlimen |
0 Comments