PAKATAN HARAPAN (HARAPAN) mendakwa terdapat usaha menekan dan mengugut Ahli Parlimen untuk memberi talian hayat politik kepada Mahiaddin Md Yasin.
Dakwaan itu menyusul perkembangan politik setelah Ahli Parlimen Pagoh itu kini didakwa dalam keadaan tertekan setelah hilang sokongan majoriti susulan penarikan balik sokongan beberapa Ahli Parlimen umno terhadapnya.
Majlis Presiden HARAPAN dalam kenyataan berkata, mereka kini merasa bimbang agensi kerajaan, termasuk Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan polis bakal diperalat untuk menekan dan mengugut Ahli Parlimen yang tidak menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN).
“Seperti yang telah diperlakukan kepada (Setiausaha Agung DAP) Lim Guan Eng serta (Ahli Parlimen Muar) Syed Saddiq Syed Abdul Rahman melalui SPRM serta pendakwaan terpilih oleh Peguam Negara atas tuduhan rasuah yang tidak berasas, kini seluruh negara menyaksikan bagaimana siasatan polis Ahli Parlimen yang ingin ke Parlimen pada Isnin lalu dipercepatkan.” kata mereka dalam kenyataan.
Kenyataan bersama itu dikeluarkan Presiden KEADILAN yang juga adalah Pengerusi HARAPAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden Amanah, Mohamad Sabu dan Lim.
Mahiaddin dalam satu perutusan khas pada Rabu menafikan telah hilang sokongan, beliau bersedia berdepan usul percaya dalam Dewan Rakyat yang dijangka akan diadakan pada September depan.
Bagaimanapun sebahagian Ahli Parlimen mendesak supaya usul tersebut disegerakan, mereka bimbang selang masa terlalu lama sebulum usul itu dibuat memungkinkan berlaku cubaan 'membeli' ahli politik.
![]() |
Majlis Presiden bimbang berlaku salah guna kuasa |
“Kami menegaskan bahawa agensi-agensi penguatkuasaan wajib bersifat profesional, neutral dan tidak mengikut selera politik pemerintah sekarang. Jangan terlanjur dalam keadaan nakhoda sedang hanyut.” tambah mereka.
0 Comments