KETUA Pengurusan Bahagian Perkhidmatan Kesihatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menededahkan kelemahan dilakukan sehingga menyebabkan negara gagal keluar daripada gelombang ketiga Covid-19 sehingga kini.
Bercakap dalam satu program Awani Pagi pada Sabtu, Brigadier Jeneral Dr Mohd Arshil Moideen berkata punca gelombang itu memburuk di negara ini adalah kerana tiadanya tindakan secara bersepadu dan arahan koordinasi daripada peringkat atas sehingga bawah bagi membendung wabak itu.
Ia turut disumbangkan dengan kelewatan dalam kawalan, diagnosis dan pengasingan kes-kes Covid-19.
“Apa yang saya nampak ialah ketiadaan ‘unified action’ dan ‘coordination’ daripada ‘top down’.
"Saya memberi komen daripada sudut pandang profesional di mana ada banyak perkara yang telah diputuskan di Pusat tetapi implementasinya di peringkat setiap negeri lain.
“Begitu juga satu negeri implementasinya di setiap daerah lain, ini yang dapat kita lihat apabila ketiadaan ‘unified action' dan 'coordination’.
"Dalam sebuah peperangan seperti peperangan melawan Covid-19 kita perlu ada satu ‘line of command single standardize strategy’ yang semua boleh ikut,” ” katanya dipetik laporan media.
Malaysia kini berdepan gelombang ketiga Covid-19 yang sangat teruk dengan kes keseluruhan dilaporkan setakat kini adalah melebihi 817,838 kes dengan jumlah kematian kini menghampiri 6,000 orang.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah baru-baru ini memberi amaran sistem kesihatan di 4 negeri bakal lumpuh sekiranya kes harian tidak turun.
Untuk rekod, Kerajaan dipimpin Mahiaddin Md Yassin berdepan kritikan susulan peningkatan kes yang semakin membimbangkan. Banyak pihak termasuk Majlis Presiden Pakatan Harapan (HARAPAN) mendesak supaya Ahli Parlimen Pagoh itu berundur.
Sementara itu Dr Mohd Arshil ketika mengulas pandangannya berkenaan cara pengurusan pendemik itu berkata, masalah utama turut didorong oleh ketidakpantasan dalam kawalan, diagnosis dan pengasingan kes-kes COVID-19.
“Jika di dalam tentera, kita panggil ‘speed of action military precision’.
![]() |
Perlu arahan strategi standart tunggal lawan Covidga |
“Daripada waktu kita contain, diagnosis and isolation, ia memakan masa dan tidak cukup pantas untuk mengekang penularan di Kawasan-kawasan kesnya terlalu tinggi,” ujar beliau lagi.
0 Comments