Rakyat dan negara tak wajar jadi mangsa kegagalan k'jaan


MAJLIS Presiden Pakatan Harapan (PH) sekali lagi mendesak Mahiaddin Md Yasin mengambil "mengambil tanggungjawab sepenuhnya" susulan peningkatan tinggi kes Covid-19  dan "kegagalan" lain dengan meletakkan jawatan.
 
Menerusi satu kenyataan, Majlis itu menegaskan bahawa rakyat dan negara tidak harus mengalami mangsa kepada gagalan kerajaan sedia ada.

"Rakyat dan negara tidak harus mengalami musibah sedemikian rupa semata-mata kerana kepimpinan kerajaan dan perdana menteri yang gagal, apatah lagi selepas kehilangan sokongan majoriti ahli parlimen dan seterusnya kehilangan keabsahan bagi memegang jawatan tertinggi tersebut.

"Nyawa dan kehidupan ekonomi rakyat mesti diselamatkan," kata mereka dalam satu kenyataan media.

Kenyataan itu ditandatangani bersama oleh Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden Amanah Mohamad Sabu, dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

Situasi pendemik Covid 19 di Malaysia semakin membimbangkan walaupun kerajaan telah mengumumkan darurat dan melaksana beberapa siri sekatan pergerakan terhadap rakyat.

Negara mencatatkan 9,180 kes Covid-19 baru semalam, yang merupakan rekod baru bagi negara ini dengan jumlah kematian kini mencapai

Jumlah pesakit yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) juga telah mencapai rekod baru.

Menurut Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah melalui satu laporan media baru-baru ini berkata, sistem kesihatan di Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan dan Labuan dijangka lumpuh sekiranya Kes harian baharu yang dilaporkan tidak menunjukkan tanda-tanda pengurangan.

Awani dalam laporannya memaklumkan bahawa kadar kebolehjangkitan (R-naught) COVID-19 di Malaysia mencatat trend peningkatan untuk hari ketiga berturut-turut.

Pada Jumaat, ia naik kepada 1.11, berbanding 1.09 hari sebelumnya.

Umno sebelum ini mengumumkan menarik semula sokongan mereka kepada Mahiaddin antaranya atas sebab Perikatan Nasional (PN) gagal menangani pandemik Covid-19 secara berkesan sehingga mencetuskan keresahan dan kemurungan serius rakyat.

Sementara itu dalam kenyataannya, majlis tersebut mengkritik kerajaan susulan tatacara operasi standard (SOP) yang mengelirukan

Penguatkuasaan pula tegas mereka dilihat lemah dan terpilih dengan banyak kilang diberi kebenaran untuk terus beroperasi walaupun ia antara penyumbang terbesar kluster Covid-19 telah menyebabkan rantaian jangkitan gagal diputuskan.

"Rakyat terus merana. Begitu ramai yang telah mengangkat bendera putih kerana hilang pekerjaan atau pendapatan.

Rakyat dan negara tak wajar dijadikan mangsa


"Bantuan kerajaan demi kelangsungan hidup rakyat tidak mencukupi. Terlalu ramai yang telah putus asa, malah begitu ramai yang telah membunuh diri," kata mereka.


Kenyataan itu turut menyorot amaran yang dimuatkan dalam rencana Bloomberg semalam yang mengatakan bahawa Malaysia bakal menjadi "negara gagal" sekiranya tiada perubahan.

"ni tidak boleh dibenarkan berlaku," tegas mereka lagi.
 

Post a Comment

0 Comments