KENYATAAN Peguam Negara Idrus Harun yang mendakwa tiada fakta jelas menunjukkan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin telah kehilangan kepercayaan majoriti Ahli Parlimen tidak tepat, kata
Jawatankuasa Perundangan Pakatan Harapan (JPPH) mengkritik kenyataan Peguam Negara, Idrus Harun yang mendakwa tiada fakta jelas menunjukkan Mahiaddin Md Yasin telah kehilangan majoriti Ahli Parlimen.
Menurut mereka, kenyataan dibuat Idrus susulan penarikan semula sokongan Umno itu sebagai tidak tepat.
"Peguam Negara adalah silap apabila beliau menyatakan bahawa setiap Ahli Parlimen Umno perlu menyatakan pendirian secara individu bahawa beliau telah hilang kepercayaan kepada perdana menteri; dan sehingga berlaku keadaan sedemikian Muhyiddin dan kabinetnya masih berhak untuk menggunakan kuasa eksekutif mereka," kata jawatankuasa itu dalam kenyataan.
Menurut kenyataan itu lagi, Idrus telah gagal mempertimbangkan bahawa pelantikan Ahli Parlimen Pagoh itu sebagai perdana menteri adalah berdasarkan perwakilan pemimpin parti kepada Yang di-Pertuan Agong dan bukan oleh setiap anggota parlimen.
Justeru tambah mereka, hilangnya keyakinan terhadap Mahiaddin sebagai perdana menteri dapat diputuskan bukan dengan undi percaya di parlimen saja.
"Penentuan ini boleh juga dibuat melalui bukti-bukti lain di luar Parlimen.
"Inilah prinsip undang-undang yang telah diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes Dato Seri Ir Hj Mohammad Nizar bin Jamaluddin lwn Dato Seri Zambri bin Abdul Kadir (Peguam Negara sebagai pencelah) [2010] 2 MLJ 285 perenggan 48," kata mereka lagi.
Jawatankuasa itu dianggotai Ahli Parlimen Selayang William Leong, Ahli Parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin, Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Ramkarpal Singh, Ahli Parlimen Sungai Buloh, Sivarasa Rasiah, Ahli Parlimen Permatang Pasir, Faiz Fadzil, Fadhlina Sidek dari KEADILAN dan Zulqarnain Lukman dari Amanah.
Pada Rabu, Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan bahawa Umno menarik semula dan menamatkan sokongan kepada Muhyiddin serta merta, dan menggesa kerajaan sementara untuk mengambil alih.
Keputusan itu disahkan oleh Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno. Difahamkan kerana Muhyiddin hanya menguasai majoriti empat kerusi, sebilangan kecil dari 38 Ahli Parlimen Umno bertindak menarik sokongan cukup untuk menjatuhkan kerajaan Mahiaddin.
Sementara itu jawatankuasa itu menambah, kenyataan Zahid bahawa partinya menarik sokongannya terhadap Mahiaddin adalah bukti yang menunjukkan dengan jelas bahawa perdana menteri telah hilang sokongan majoriti anggota parlimen.
"Dalam keadaan sedemikian, perdana menteri hendaklah meletakkan jawatan dan mengundurkan diri daripada kabinet kecuali jika beliau memohon kepada Yang diPertuan Agong untuk membubarkan parlimen menurut Perkara 43 (4) Perlembagaan Persekutuan.
"Jikalau Muhyiddin gagal meletakkan jawatan, Yang diPertuan Agong boleh mengarahkan perdana menteri untuk mengadakan sidang parlimen segera tanpa menunggu tarikh 26 hari bulan untuk mengemukakan usul percaya bagi membuktikan bahawa beliau masih mendapat sokongan majoriti Ahli-Ahli Parlimen.
"Sekiranya beliau gagal berbuat demikian, Yang diPertuan Agong berhak memecatnya dan melantik anggota parlimen lain yang mendapat sokongan majoriti sebagai perdana menteri," kata jawatankuasa itu lagi.
Dalam kenyataan tersebut, jawatankuasa itu turut berkongsi pandangan Majlis Presiden yang sebelumnya menegaskan bahawa sebarang usaha mengadakan pilihan raya harus dielakkan pada masa ini, kerana keadaan Covid-19 yang semakin buruk di negara ini.

![]() |
Kenyataan Idrus dikritik lagi |

0 Comments