Tarik balik sokongan: Kenyataan Zahid dianggap 'kosong', tergantung

 


SEORANG bekas menteri menyifatkan pengumuman Ahmad Zahid Hamidi bahawa Umno menarik semula sokongan  terhadap Perdana Menteri Mahiaddin Md Yasin hanyalah kenyataan ‘kosong'.

Bekas menteri undang-undang, Zaid Ibrahim yang merupakan bekas menteri undang-undang berkata, pengumuman Zahid itu tidak disusuli penjelasan sewajarnya apa yang mereka ingin capai atau kesan daripada keputusan penarikan semula sokongan terbabit.

“Kenyataan (presiden Umno) tidak memberi impak sebenar kerana terhadap sokongan majoriti diterima Perdana Menteri. Mereka kena bergerak ke langkah seterusnya sebagai satu parti, bertindak (Ahli Parlimen Umno) menuruti pendirian parti.

“Parti (Umno) kemudian kena memastikan keputusan mereka diambil kira di Parlimen atau tempat lain, melainkan beliau (Zahid) menerangkan sejelasnya, tiada apa akan berlaku dan isu sama ada perdana menteri mempunyai majoriti kekal sedia ada,” katanya dipetik laporan FMT.

Bagaimanapun Zaid menambah, apa sahaja kemungkinan yang akan berlaku jelasnya boleh diterjemahkan Umno melalu pendirian mereka selepas ini.

“Sebagai contoh, seandainya Umno mengeluarkan kenyataan tegas mengatakan sesiapa sahaja ahli bertindak berbeza dengan pendirian parti, mereka akan dipecat. Hanya dengan itu, kita akan melihat ‘tindakan’ susulan bila Parlimen bersidang,” katanya.

“Lebih penting kepada parti adalah mereka perlu tahu apa yang patut dilakukan. Apabila mereka tahu apa yang diidamkan, mereka boleh mengambil tindakan sewajarnya,” katanya.

Sehingga kini kedudukan sebenar Mahiaddin dan jumlah sokongan dimilikinya menjadi tanda tanya.

Seorang peguam perlembagaan berkata, Bastian Pius Vendargon berkata Mahiaddin boleh membuktikan bahawa beliau masih mempunyai sokongan dengan mengadakan sidang tergempar Dewan Rakyat.
 
“Beliau boleh melakukannya jika yakin mendapat sokongan 111 daripada 220 Ahli Parlimen.

Kenyataan Zahid dianggap tergantung
"Muhyiddin akan kekal menjadi Perdana Menteri jika memenangi undi percaya.

“Sesuai dengan Perkara 43 (4), beliau boleh memohon pembubaran jika tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti,” kata peguam itu dipetik.


Post a Comment

0 Comments