PENGERUSI Pakatan Harapan (HARAPAN) yang juga Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilapor menyertai program ‘Selangor Berzikir Ratib Al-Haddad’ dianjurkan Kerajaan Selangor malam tadi.
Memetik laporan Malaysiadateline, Anwar turut menyampaikan tazkirah dalam majlis secara maya itu yang bermula sejak pukul 9.15 malam.
Anwar semasa memberi tazkirahnya antara lain mengingatkan dalam setiap kesusahan ada nikmatnya.
“Semasa saya dipaksa beristirehat di ‘istana hinggap’ Sungai Buloh, di antara yang saya tekuni dan telaah dan amalkan adalah karya (ulama Nusantara) Syeikh Daud Abdullah Fathani,” katanya dipetik laporan itu.
Ahli Parlimen Port Dickson itu turut mengingatkan bahawa amalan bermunajat, berzikir dan solat sunat meningkatkan keupayaan manusia dari segi kerohanian.
“Kita dalam kesibukan dunia termasuk orang politik dan profesional, kadang-kadang bercakap soal derita dan kepayahan hingga terlupa merujuk zikrullah dan bertawakal kepada Allah,” katanya lagi.
![]() |
Anwar turut sampaikan tazkirah |
Tausiyah utama pimpinan Ratib Al-Haddad ialah Tuan Guru Syeikh Haji Rosnan @ Muhammad Firdaus Al Qodiri dari Yayasan Al-Firdaus.
Program itu yang berlangsung selama satu jam 10 minit itu turut pemimpin kerajaan negeri.
0 Comments