KENYATAAN Peguam Negara, Idrus Harun yang berpandangan bahawa Presiden Bersatu, Mahiaddin Md Yasin masih boleh menjalankan tugas sebagai perdana menteri walaupun Umno telah menarik balik sokongannya terhadapnya dibidas.
Majlis Presiden Pakatan Harapan (HARAPAN) berpendapat, Muhyiddin telah kehilangan majoriti susulan pengumuman Umno untuk menarik semula sokongan mereka kepada perdana menteri itu.
Justeru tegas mereka, Mahiaddin perlu meletak jawatan, selepas susulan penamatan sokongan Umno secara serta mertan, malam tadi.
"Kami mengingatkan peguam negara bahawa Tan Sri Mahiaddin Md Yasin sendiri telah dilantik sebagai perdana menteri berdasarkan warkah ketua-ketua parti politik yang menyokong beliau, termasuk Presiden Umno, yang telah dipersembah kepada KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 29 Februari 2020.
"Maka apabila ketua parti terbesar itu mengumum menarik sokongan seperti yang berlaku sekarang, maka perdana menteri telah hilang sokongan asas parti tersebut dan seterusnya hilang sokongan majoriti Ahli Parlimen.
"Jelas sekali peguam negara bertindak lebih sebagai ahli politik PN (Perikatan Nasional) daripada mempertahankan keluhuran undang-undang," kata mereka dalam kenyataan media.
Kenyataan itu dikeluarkan Presiden KEADILAN yang juga Pengerusi HARAPAN,DatuK Seri Anwar Ibrahim, Presiden Amanah, Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.
Malam tadi, Umno menerusi kenyataan media Presidennya, Ahmad Zahid Hamidi, menegaskan penarikan semula sokongan terhadap Muhyiddin, serta merta dan mahu beliau meletakkan jawatan kerana dakwaan kegagalan menguruskan negara.
Sementara itu walaupun mendesak Mahiaddin melepaskan kedudukannya secara terhormat, HARAPAN berkata fokus mereka ketika ini adalah untuk mengiatkan usaha menyelesaikan masalah rakyat dan menangani pendemik Covid-19 termasuk mendesak agar program vaksinasi dijalankan lebih pantas.
![]() |
HARAPAN tolak politik kejar jawatan dan habuan |
Kita perlu memberi lebih banyak tumpuan kepada usaha menyelamatkan nyawa dan ekonomi rakyat ekoran krisis Covid-19 yang makin meruncing berbanding terus berpolitik demi jawatan dan habuan," tegas mereka lagi.
0 Comments