Mahiaddin boleh serah surat letak jawatan, kata Peguam Perlembagaan


MAHIADDIN
Md Yasin kini mempunyai beberapa pilihan untuk dilaksana susulan keputusan Umno yang secara rasmi menarik sokongan terhadapnya.

Bastian Pius Vendargon yang merupakan seorang peguam perlembagaan berkata, Presiden parti Bersatu itu boleh menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Yang di-Pertuan Agong seterusnya memohon Dewan Rakyat dibubarkan.

Dipetik laporan FMT, Vendargon berkata ia untuk membuka jalan kepada Pilihan Raya Uumum (PRU) mengejut.

“Bagaimanapun, ia bergantung kepada budi bicara Agong sama ada hendak membubarkan Dewan Rakyat dan mengembalikan mandat kepada rakyat,” katanya dipetik laporan itu.

Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi malam tadi mengumumkan bahawa parti itu menarik sokongan terhadap Mahiaddin serta merta.

Bagaimanapun, kedudukan Ahli Parlimen Pagoh itu sebagai perdana menteri tidak diketahui.

Isu Keasbahan Mahiaddin yang dimendakwa memiliki sokongan Ahli Parlimen dipersoal sejak awal. Dia tidak pernah membuktikan sokongan dimilikinya di Dewan Rakyat.

Sementara itu tambah Vendargon, pilihan alternatif bagi Muhyiddin adalah dengan mendapatkan sokongan Ahli Parlimen yang sekarang ini tidak menyokongnya supaya beliau dapat kekal memegang kuasa.

“Ini disebabkan majoriti tipis yang dimiliki kerajaan Muhyiddin pada masa ini,” kata Vendargon.  

Vendargon juag menambah, jalan lain bagi Muhyiddin adalah mengadakan sidang tergempar Dewan Rakyat untuk “menguji” sama ada beliau mendapat sokongan majoriti.

Mahiaddin perlu ada sokongan untuk kekal PM
“Beliau boleh melakukannya jika yakin mendapat sokongan 111 daripada 220 Ahli Parlimen

"Muhyiddin akan kekal menjadi Perdana Menteri jika memenangi undi percaya.

“Sesuai dengan Perkara 43 (4), beliau boleh memohon pembubaran jika tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti,” katanya lagi.
 

Post a Comment

0 Comments