Pihak berkuasa digesa siasat kes 'pengantin baharu'


PEMUDA Parti Amanah Negara (AMANAH) Wilayah Persekutuan membuat satu laporan polis terhadap Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan (MAFI), Datuk Che Abdullah Mat Nawi.

Difahamkan laporan itu susulan dakwaan Ahli Parlimen Pas itu berkahwin melalui panggilan telefon pada 1 Jun lalu di Narathiwat Thailand yang dakwa mereka telah melanggar undnag-undang.

Peguam, Fadhli Umar Aminolhuda yang juga Exco Pemuda AMANAH Nasional berkata, secara spesifik Che Abdullah telah melanggar seskyen 124 enakmen undang-undang keluarga Islam 2002 negeri Kelantan kerana beliau bermaustatin di negeri itu.

“Seksyen 124 berkaitan dengan isu poligami dan terdapat keraguan bahawa Ahli Parlimen Tumpat ini mendapat kelulusan dari pihak mahkamah syariah Kelantan.

“Enakmen berkenaan boleh membawa hukuman dan denda RM5,000 atau enam bulan penjara sekiranya didapati bersalah

“Kita rasakan bahawa sebagaimana yang berlaku, YB sebagai timban menteri perlu disiasat dan satu tindakan sewajarnha perlu dikenakan oleh pihak Majlis Agama Islam Kelantan,” katanya sebaik memfailkan laporan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.

Ketua Pemuda AMANAH Wilayah Persekutuan, Asmaaliff Abdul Adam yang dipetik laporan Malaysiadateline pula berkata, pihaknya meragui kesahihan pernikahan tersebut yang dijalankan dengan wali hakim sedangkan kemungkinan besar kedua-dua pasangan itu berada di Malaysia.

“Laporan juga dibuat atas isu pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) kerana dalam rakaman yang tular membabitkan timbalan menteri itu, dilihat sekurang-kurangnya tiga individu berada di dalam bilik yang sama tidak termasuk individu yang memegang kamera,” ujarnya lagi.

Che Abdullah dalam satu laporan media sebelum ini tidak menafikan isu tersebut, pemimpin PAS itu sebaliknya memohon supaya dia diberikan ruang untuk menyelesaikan isu tersebut dengan baik.

Ahli parlimen Tumpat itu yang dipetik Utusan Online juga meminta supaya semua pihak menghormati privasi keluarganya

Sebelumnya tular rakaman video pernikahan individu yang didakwa Che Abdullah menggunakan khidmat seorang jurunikah dari Sungai Golok, Thailand.

Majlis Agama Islam WIlayah Narathiwat kemudian tidak pernah meluluskan akad nikah secara dalam talian untuk digunakan para imam di wilayah berkenaan setakat ini.

Dalam perkembangan sama, Biro Undang-Undang AMANAH (Kanun) Negeri Kelantan turut mendesak pihak berwajib terutama Kerajaan PAS Kelantan, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan (JAHEIK) dan Timbalan Menteri Agama untuk menjelaskan isu dakwaan perkahwinan meragukan itu.

Dalam suatu kenyataan media yang dikeluarkan, pihak mereka memetik beberapa seksyen dan peruntukan daripada Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam 2002 Negeri Kelantan sebagai rujukan dalam kes tersebut.

Antaranya ialah kebenaran berpoligami sebagaimana dalam seksyen 23 Enakmen tersebut yang menyatakan bahawa seseorang lelaki yang mahu berpoligami hendaklah mendapatkan kebenaran bertulis daripada Mahkamah terlebih dahulu sebelum menambah seorang lagi isteri.

Pihak berkenaan digesa beri respon segera
Mereka memetik peruntukan dalam seksyen 19 Enakmen tersebut yang menyatakan bahawa sesuatu akad nikah hanya boleh dijalankan setelah mendapat kebenaran berkahwin daripada pihak Pendaftar atau pihak Hakim Syarie.

"Ketiadaan sebarang respon dan tindakan sama ada oleh pihak Kerajaan Pas Kelantan, JAHEIK serta Timbalan Menteri Agama merangkap Ahli Parlimen Pengkalan Chepa yang juga dari Kelantan itu, hanya akan menimbulkan kecurigaan dan tohmahan orang ramai terhadap pasangan pengantin baharu itu," kata mereka lagi.

Post a Comment

0 Comments