NEGARA mungkin berdepan krisis politik dan perlembagaan jika Mahiaddin Md Yasin gagal menguji sokongan terhadapnya di Dewan Rakyat selepas hilang sokongan Umno, kata pakar perlembagaan.
Bastion Pius Vendargon dan Rafique Rashid Ali berkata, Mahiaddin yang merupakan Ahli Parlimen Pagoh itu boleh mengetepikan keputusan Ahmad Zahid Hamidi bahawa Umno menarik sokongan parti itu terhadap perdana menteri.
Vendargon berkata Ahli Parlimen Umno tidak perlu menandatangani akuan berkanun sama ada menyokong atau menolak Muhyiddin susulan kenyataan Zahid itu.
“Pengumuman Umno itu kekal, melainkan Ahi Parlimen parti menyatakan tidak bersetuju dan sanggup membelakangkan arahan parti,” katanya.
" Muhyiddin perlu mengadakan sidang tergempar Parlimen untuk menguji sokongan terhadapnya.
“Jika tidak, negara ini akan menghadapi krisis politik dan perlembagaan,” katanya menurut laporan FMT.
Verdargon sebelumnya memetik Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan bahawa Muhyiddin perlu menyerahkan peletakan jawatan kepada Yang di-Pertuan Agong jika tidak lagi mempunyai majoriti di Parlimen, selain menasihatkan baginda mengadakan pilihan raya atau melantik perdana menteri sementara.
Sementara itu, Rafique yang juga merupakan seorang peguam menegaskan bahawa Mahiaddin tidak boleh menutup mata terhadap keputusan Umno menarik sokongan atas alasan serupa.
Susulan pengumuman Umno menarik semula sokonganya terhadap Mahiaddin, beliau mengandaikan bahawa kerajaan PN kini hanya memiliki 77 sokongan Ahli Parlimen.
Muhyiddin jelasnya berdepan keadaan sama dengan bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad tahun lalu.
Mahathir menggunakan Perkara 43 (4) Perlembagaan dan meletak jawatannya serta Kabinetnya, kata Rafique.
Mengikut Institut Darul Ehsan, pembangkang kini mempunyai 143 Ahli Parlimen iaitu Umno (38), PKR (36), DAP (42), Amanah (11), Warisan (lapan), Pejuang dan Muda (lima), Parti Sarawak Bersatu (dua) serta UPKO (satu).
Mereka yang di dalam kerajaan adalah Bersatu (32), PAS (18), Star (satu), bebas (tiga), MIC (satu), MCA (dua), PBRS (satu), PBS (satu) dan Gabungan Parti Sarawak (18).
Bagaimanapun angka sebenar tidak diketahui secara jelas.
“Muhyiddin perlu memaklumkan Agong bahawa bloknya telah runtuh seterusnya sama ada membubarkan Parlimen atau membuktikan beliau masih mempunyai sokongan majoriti,” katanya sambil menjelaskan Mahiaddin masih boleh mendapatkan sokongan Ahli Parlimen Umno secara peribadi.
Seorang lagi pakar perlembagaan, Gurdial Singh, berkata di bawah Perkara 43 (4) Muhyiddin wajib meletak jawatan jika terbukti beliau telah hilang sokongan majoriti Ahli Parlimen.
![]() |
Mahiaddin mesti buktikan sokongan |
Jika tiada satu parti yang jelas memiliki majoriti bagi mentadbir kerajaan, Gurdial berkata parti terbesar boleh mewujudkan gabungan untuk mendapatkan bilangan diperlukan.
0 Comments