HARAPAN tegaskan program saringan besar-besaran penting

 


JAWATANKUASA Kesihatan Pakatan Harapan (HARAPAN) sekali lagi menegaskan pentingnya untuk Kementerian Kesihatan (KKM) menjalankan ujian saringan Covid-19 secara besar-besaran.

Melalui satu kenyataan, jawatankuasa itu berkata, saringan itu termasuk kepada mereka yang tidak bergejala terutamanya di lokaliti yang dikenal pasti kadar keberjangkitan dan mempunyai kes positif Covid-19 yang tinggi.

"Kalau kita meneliti dan membaca rekomendasi rasmi WHO” Recommendations for National SARS-CoV-2 testing strategies and diagnostics capacities” secara keseluruhannya, ia masih menekankan kepentingan untuk kita membuat saringan secara menyeluruh dan ujian diagnostik yang cepat dan tepat sangat penting untuk mencegah dan megawal penyebaran Covid-19.

"WHO juga menegaskan bahawa semua ujian harus diikuti dengan respons kesihatan awam yang kuat termasuk pengasingan mereka yang positif dan rawatan menyeluruh, pengesanan kontak dan kuarantin," kata jawatankuasa itu.

Jawatankuasa kesihatan itu dianggotai bekas Menteri Kesihatan, YB Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad dan bekas timbalannya Dr Lee Boon Chye.

Selain mereka, ia turut dianggotai Ahli Parlimen Bangi Dr Ong Kian Ming, Dr Mohd Hatta Md Ramli (lumut), Dr Kelvin Yil (Bandar Kuching), Sim Tze Tzin (Bayan Baru), Alice Lau (ADUN Lanang), Dr Siti Mariah Mahmud (Exco Kerajaan Negeri Selangor), Dr Norlela Ariffin (Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang) Veerapan Supramaniam (Exco Kerajaan Negeri Sembilan) Dr Niekmah Adam (AWAN, AMANAH) dan Dr Zaliha Mustafa (MPP, KEADILAN).

Penegasan itu dibuat susulan satu artikel daripada “principia-scientific.com” dikongsikan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah yang menyatakan bahawa World Health Organisation(WHO) tidak lagi membuat rekomendasi untuk melakukan saringan besar-besaran terutamanya di kalangan mereka yang tidak bergejala.

Difahamkan, sumber artikel yang telah dikongsikan tersebut adalah bukan daripada sumber WHO yang rasmi.

Jawatankuasa itu turut mengambil contoh di Singapura, United Kingdom(UK) dan di Australia dimana pihak berwajib negara itu tetap melakukan saringan terhadap semua termasuk mereka yang tidak bergejala kerana majoriti kes yang dikesan adalah di kalangan mereka yang tidak bergejala(asymptomatic).

Strategi saringan besar-besaran ini juga jelas jawatankuas itu adalah cara negara-negara itu meneruskan pembukaan ekonomi mereka walaupun berhadapan dengan penularan variant Delta(India) di negara tersebut.

Saringan besar-besaran adalah strategi penting


"Kluster terbaru di New South Wales Australia yang menular di pusat penjagaan warga emas melibatkan juga mereka yang tidak bergejala bermaksud penyakit tersebut terus menular walaupun pesakit tidak bergejala.


"Ini membuktikan pentingnya kita mempertingkatkan kadar saringan, pengesanan kontak yang cepat, kuarantin/isolasi dan pemberian sokongan secepat mungkin di negara kita

"Kami ingin sekali lagi tekankan bahawa elemen utama dalam mengawal wabak Covid-19 ini adalah sistem “Find, Test, Trace, Isolate and Support (FTTIS)” yang masih disarankan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)," kata mereka lagi.

Post a Comment

0 Comments