KEMENTERIAN Pengajian Tinggi (KPT) didesak supaya menurunkan yuran pengajian universiti ketika negara berdepan tempoh penularan wabak Covid-19.
Jawatankuasa Pendidikan Pakatan Harapan (JKPPH) membuat desakan itu melalui satu kenyataan bersama dikeluarkan hari ini.
Tegas mereka, langkah menurunkan kadar yuran itu boleh dilaksana dengan pihak universiti awam (UA) melakukannya secara langsung, sesuai dengan permintaan pelajar.
Bagi universiti swasta pula jelas mereka, kerajaan boleh memberi subsidi yuran pengajian untuk pelajar daripada keluarga B40 dan M40 yang memungkinkan pihak IPTS membuat penurunan yuran untuk mereka.
Dalam usaha membantu universiti swasta, JKPPH mencadangkan kerajaan memberi pengecualian cukai berdasarkan jumlah biasiswa dan penurunan yuran pengajian yang universiti berikan.
“Kerajaan boleh memberikan subsidi tambahan kepada pihak universiti atas penurunan tersebut untuk menampung kos pengurusan universiti melalui geran khas sementara dalam tempoh krisis ekonomi dan wabak.
“Keadaan getir ini memerlukan pendekatan yang tidak konvensional dalam memastikan proses pendidikan tidak terganggu dan akses rakyat kepada pendidikan berkualiti di peringkat pengajian tinggi terus lestari kendatipun wabak melanda,” kata Jawatankuasa itu.
Jawatankuasa trsebut dianggotai bekas Menteri Pendidikan yang juga Ahli Parlimen Simpang Renggam Maszlee Malik dan bekas timbalannya, Teo Nie Ching (Ahli Parlimen Bakri).
Turut berada dalam jawatankuas itu adalah Ahli Parlimen Setiawangsa Nik Nazmi Nik Ahmad; Ahli Parlimen Tampin Hasan Bahrom; Ahli Parlimen Sekijang Natrah Ismail; Ahli Parlimen Bukit Mertajam Steven Sim Chee Keong, dan Ahli Parlimen Tangga Batu Rusnah Aluai.
![]() |
K'jaan didesak turunkan yuran pengajian |
"Isu ini walaupun tidak disensasikan oleh media-media arus perdana, namun ianya melibatkan kepentingan lebih 500,000 pelajar IPTA di seluruh negara," kata mereka.
0 Comments