PENGARAH Komunikasi AMANAH Pulau Pinang, Dr Zaidi Zakaria menggesa isu berkaitan doktor kontrak yang dibangkitkan baru-baru ini diberi perhatian serius.
Menurutnya, beberapa kempen menyokong golongan itu sebelum ini termasuk dianjurkan oleh Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) adalah bagi menzahirkan solidariti kepada doktor kontrak yang banyak berkorban serta bertungkus-lumus sebagai barisan hadapan melawan pandemik Covid-19.
Dipetik laporan malaysia dateline, Dr Zaidi menyatakan rasa bimbang sistem perubatan dan kesihatan dalam negara boleh runtuh atau ‘collapse’ dengan serta merta jika sebahagian doktor kontrak terbabit bertindak melepaskan jawatan mereka.
“Adalah diharapkan masalah yang dibangkitkan oleh para doktor kontrak tesebut dapat dinilai dan dipertimbangkan setelah Kabinet memberi maklum balas mengenai kempen yang direncanakan.
“Mereka sebetulnya hanyalah menuntut sedikit keadilan bagi doktor kontrak jika dibandingkan dengan doktor tetap. Dan mereka pula hanyalah menyatakan kebenaran situasi dan kebajikan doktor-doktor kontrak," ujar beliau
Tambah Dr Zaidi, amatlah diharapkan agar pihak berkuasa tidak mengambil tindakan yang merugikan terhadap para doktor kontrak terlibat.
Tidak dapat dinafikan jelasnya lagi bahawa doktor-doktor terbabit kini memang cukup tertekan dengan keadaan mereka.
"Disamping tertekan dengan situasi yang ada, mereka juga adalah pasukan barisan hadapan yang melawan Covid-19 serta dilaporkan 1 dari tiga doktor mengalalami ‘symptom burn out’ dan diharapkan pihak berkuasa termasuk pihak polis tidak akan menambahkan kegusaran para doktor kontrak tersebut," tambahnya lagi.
![]() |
Zaidi gesa beri perhatian serius isu doktor kontrak |
BACA: Henti ganggu pihak sokong kami, kata doktor kontrak
Gesaan itu dibuat selepas ramai petugas kesihatan yang menyokong kempen doktor kontrak'Code Black' di media sosial mendakwa disiasat oleh pihak berkuasa.
Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) yang merupakan persatuan terbesar mewakili kakitangan perubatan di negara ini turut membangkitkan isu sama.
Doktor kontrak dilapor bercadang mengadakan 'Hartal Doktor Kontrak' yang dijadualkan berlangsung pada 26 Julai ini sekiranya tuntutan mereka tak dipenuhi.
Bantahan ini akan menyaksikan doktor kontrak meninggalkan pekerjaan mereka selama sehari manakala rakan-rakan mereka akan mengambil alih tugasan menjaga perawatan pesakit.
Mereka sebelum ini menuntut layanan lebih adil termasuk dari segi lantik secara tetap, hala tuju dan nasib golongan itu.
0 Comments