BEKAS timbalan menteri kesihatan Dr Lee Boon Chye menggesa kerajaan mengambil pendekatan lebih terkehadapan dalam mengurus penilaian kesihatan Covid-19 .
Ahli Parlimen Gopeng dari KEADILAN itu merujuk laporan media yang melaporkan keadaan sesak apabila pesakit dibenarkan berkumpul beramai-ramai di stadium Malawati di Shah Alam untuk menjalani penilaian kesihatan baru-baru ini berkata beliau sangat terkejut dengan keadaan itu.
“Pesakit tidak sepatutnya ke pusat penilaian Covid-19 untuk mendapatkan kepastian sama ada mereka patut dikuarantin atau dimasukkan ke hospital.
“Kita sedang menghadapi satu pandemik. Sesetengah birokrasi perlu dielakkan,” katanya dipetik laporan FMT.
Justeru tegasnya pendekatan baharu untuk menilai kesihatan Covid-19 boleh dilakukan menerusi rundingan kepada individu menerusi panggilan video selepas disahkan positif seperti didaftarkan dalam aplikasi MySejahtera.
![]() |
Cari jalan elak pesakit berkumpul beramai-ramai |
“Jika anda mempunyai pesakit berusia 60 tahun dengan masalah darah tinggi atau kencing manis, mereka boleh dihantar ke MAEPS,” katanya .
Bagaimanapun, katanya jika seseorang itu masih muda dan sihat, petugas perubatan boleh mengarahkan individu terbabit melakukan pengasingan kendiri di rumah dengan memaklumkan perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan.
BACA:Penduduk bimbang keselamatan keluarga
“Dengan melakukan perkara ini, bilangan orang ramai akan berkurangan kepada 80% hingga 90%,” kata Boon Chey lagi.
Awal minggu ini tular satu video tular di media sosial selepas kira-kira 4,000 orang beratur panjang di Stadium Malawati di Shah Alam untuk melakukan penilaian kesihatan Covid-19.
Insiden serupa turut berlaku di sebuah pusat sukan di Taman Sri Andalas, Klang sehingga penduduk membuat bantahan kerana bimbang akan dijangkiti Covid-19 akibat pembukaan pusat berkenaan.
0 Comments