SIDANG Parlimen yang akan diadakan pada 26 Julai nanti merupakan peluang terbaik bagi Mahiaddin Md Yasin membuktikan beliau mendapat sokongan di Dewan Rakyat.
Penganalisis politik, Profesor Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff melalui satu hantaran di laman Facebooknya berkata, kenyataan jemaah menteri yang mengumumkan mengekalkan sokongan mereka kepada Mahiaddin tidak memberi apa-apa signifikan kepada kedudukan Ahli Parlimen Pagoh itu sebegai perdana menteri.
Jika pengumuman itu bertujuan menunjukkan Mahiaddin mempunyai majoriti, itu sama sekali tidak menjawab persoalan asas yang menjadi perdebatan sekarang, iaitu sama ada perdana menteri mempunyai majoriti untuk terus berkuasa atau tidak kata Pensyarah Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu.
Keasbahan Mahiaddin sebagai perdana menteri tegasnya bukan ditentukan oleh sokongan jemaah menteri, tetapi sejauh mana Mahiaddin dapat memiki sokongan dari 220 Ahli Parlimen.
“Apa signifikannya apabila kesemua menteri menyatakan sokongan penuh kepada Perdana Menteri? Bagi memenuhi konsep tanggungjawab kolektif, wajar sahaja semuanya menyokong. Jika tidak, menteri yang berseberangan perlu meletakkan jawatan.
“Di pihak kerajaan, ini peluang terbaik untuk menguji sokongan majoritinya. Dalam keadaan negara menghadapi pelbagai isu kesihatan dan ekonomi, kerajaan perlu mengesahkan legitimasinya dan mengembalikan fungsi Parlimen.
“Legitimasi kerajaan ini penting bagi memulihkan keyakinan rakyat kepada kerajaan, meyakinkan pelabur dan pasaran, menghentikan politiking dengan tekaan jajaran parti baharu, menghentikan spekulasi Ahli Parlimen A atau B menyokong siapa, dan menstabilkan politik negara,” katanya dalam hantaran itu.
Bagaimanapun Muhammad Agus berpendirian, ketika ini adalah tidak sesuai untuk diadakan pilihanraya susulan peningkatan kes Covid-19.
“Jika begitu, apakah tujuan saya menulis pandangan ini? Secara sederhana, dua sahaja, iaitu: (i) meminta kerajaan menyelesaikan masalah legitimasi ini dengan menguji sokongannya di Dewan pada 26 Julai nanti.
“Dan (ii) meminta kerajaan membuka Parlimen kerana data menunjukkan darurat tidak berkesan untuk mengawal Covid-19,” ulasnya.
![]() |
Mahiaddin digesa uji sokongan di Dewan |
Sebaliknya beliau menyarankan agar diserahkan kepada kebijaksanaan Ahli Parlimen bagi memikirkan parti mana, siapa dan kerajaan mana yang terbaik untuk negara kerana mereka yang mempunyai kuasa mengundi.
0 Comments