Sindir kempen #BenderaPutih, Mahiaddin tak layak jadi pemimpin


MAHIADDIN
Md Yasin sekali lagi dikecam kerana kenyataannya yang dianggap menghina rakyat yang berdepan situasi sukar.


Ketua Penerangan KEADILAN Perak, Muhamad Arafat Varisai Mahamad berkata ucapan Ahli Parlimen Pagoh itu yang berkata rakyat tidak perlu mengangkat bendera putih bagi mendapatkan bantuan adalah satu bentuk penghinaan terutama kepada rakyat yang memerlukan bantuan  kerana terjejas dengan pendemik Covid-19.

Melalui satu kenyataan tambah Muhamad Arafat, ucapan itu juga satu bentuk sindiran terhadap usaha membantu oleh rakyat.

"Jelas ucapan perdana menteri mengatakan tak perlu angkat bendera putih atau hitam tapi angkat bendera biru (PN) tindakan menyindir usaha rakyat yang menderita.

"Begitu juga dengan kenyataan perdana menteri semalam bahawa ada rakyat yang mengambil kesempat dengan bantuan yang diagihkan. Saya mahu tanya, berapa sangatkan nilai bakul makanan kerajaan agihkan?" katanya.

Sebagai rekod, kempen #BenderaPutih digerakkan warganet bagi membantu masyarakat yang terputus makanan ketika berdepan pendemik.

BACA:
Persenda inisiatif rakyat, inikah PM yang mahu diharapkan? - AMK

BACA: #BenderaPutih: Jangan musuhi inisiatif rakyat

Dengan cara itu, individu yang berdepan kesulitan boleh mengibarkan bendera putihg sebagai isyarat memerlukan bantuan segera dan mereka boleh dibantu masyarakat sekeliling mereka berbanding terpaksa menunggu bantuan dari kerajaan.

Kempen itu yang dipercayai dimulakan Timbalan Ketua Wanita Amanah Kelantan yang juga aktivis masyarakat, Nik Faizah Nik Othman mendapat sokongan meluas dari masyarakat.

Bagaimanapun, kempen tersebut dilihat kurang disenangi sebahagian pemimpind alam parti kerajaan, malah Mahiaddin dalam laporan media dipetik berkata, “Tak payah naik bendera putih ke hitam. Nak naik bendera biru tak apa," dengan disusuli ketawa.

Sementara itu, Arafat menyifatkan Mahiaddin sebagai tidak sensitif serta gagal memahami keperitan rakyat dan Presiden Bersatu itu boleh dianggap tidak layak menjadi pemimpin.

"Dia harus memohon maaf kerana menghina rakyat dalam kesusahan, apatah lagi menyindir rakyat supaya mengangkat bendera biru," katanya.

Arafat anggap Mahiaddin sindir usaha rakyat
Sebelum ini, Naib Ketua Pemuda Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan), Fatin Fariza Abdul Halim, berkata gerakan bendera putih yang dilancarkan rakyat adalah usaha murni bagi menjaga sesama sendiri.

Katanya ia menunjukkan kuasa rakyat yang bersatu padu tidak mengira bangsa dan agama membantu antara satu sama lain.
 
"Sepatutnya kita hargai usaha mereka yang memudahkan usaha murni ini," katanya.


Post a Comment

0 Comments