SUSULAN dakwaan mempolitikkan bakuk makanan, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga, dan Masyarakat, Rina Harun dikecam.
Sebelumnya, Rina yang merupakan Ahli Parlimen kawasan Titiwangsa, Kuala Lumpur didakwa menolak pemohon permohonan bagi bantuan itu oleh seorang pengundi parlimen sebelah.
Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh yang mengkritik tindakan wakil rakyat parti bersatu itu berkata, tidak ada syarat bahawa bakul makanan hanya diberikan kepada mereka yang mempunyai kawasan yang sama dengan ahli parlimen.
"Rina adalah menteri dan ahli parlimen kerajaan. Di Titiwangsa, mereka memiliki akses kepada RM3.5 juta setahun (dalam dana pembangunan). Dan sekarang tambahan RM300,000 (untuk bakul makanan). Apa alasannya?
"Sekiranya ahli parlimen pembangkang seperti saya dapat memberi bantuan makanan tanpa melihat status pengundian, itu bermakna Rina hanya peduli soal politik dan undi, ketika pandemik sekali pun," kata bekas Timbalan Menteri di kementerian yang kini diketuai Rina itu.
Hannah turut menambah bahawa sebagai menteri, Rina juga akan memiliki dana tambahan yang ada untuk melaksanakan kerja-kerja bantuan.
Kerajaan baru-baru ini memperuntukan RM300,000 kepada semua Ahli Parlimen bagi program Bantuan Bakul Makanan.
Ia setelah kerajaan didesak menyalurkan bantuan bagi membantu rakyat yang terhimpit dan hilang pendapatan susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berpanjangan yang dikuatkuasakan.
BACA: Anwar gesa k'jaan segera salur bantuan pada rakyat
BACA: HARAPAN gesa tambah bantuan untuk rakyat
Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) dan Jawatankuasa Kos Hidup HARAPAN sebelum ini sering membuat desakan supaya bebanan rakyat diringankan melalui bantuan lebih menyeluruh.
![]() |
Rina didakwa politikkan bakul makanan lagi |
Bulan lalu, dia dikritik kerana bakul makanannya dilekatkan dengan gambarnya.
0 Comments