ADUN gesa k'jaan mudahkan kerja agih bantuan kepada rakyat


KERAJAAN digesa mempermudahkan bantuan makanan dan barangan dapur kepada rakyat yang terjejas pendapatan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Gesaan itu dibuat ADUN Kesidang, Alex Seah Shoo Chin seperti dilapor portal Malaysiakini.

Alex sebelumnya mendakwa berlaku beberapa insiden kebelakangan ini di mana pihak berkuasa cuba menghentikan usaha bantuan makanan atas alasan  bahawa ia tidak dimaklumkan kepada bilik gerakan Covid-19.

"Saya sendiri menerima aduan daripada orang ramai bahawa mereka takut untuk membantu memberi makanan dan barangan dapur kerana takut disaman polis" katanya.

Terdahulu, dia menjelaskan insiden berlaku di Pandan Malim, Melaka dimana dakwanya pihak polis memberi amaran kepada peniaga di sebuah medan selera yang menjalankan program Food Bank pada 1 Julai lalu.

K'jaan digesa mudahkan program beri bantuan


Katanya, anggota polis mendatangi program berkenaan yang diadakan bersebelahan pusat khidmat rakyatnya.

"Mereka (polis) kata bahawa Food Bank perlu ada kebenaran.

"Saya tidak salahkan pihak polis. Mereka cuma jalankan tugas atas arahan dan SOP yang ditetapkan oleh kerajaan pusat," katanya menurut laporan itu.

Post a Comment

0 Comments