PENGERUSI Pakatan Harapan (HARAPAN), Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil maklum tindakan pihak berkuasa polis terhadap pengkritik kerajaan baru-baru ini.
Melalui satu kenyataan media, Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat itu berkata, serbuan dilakukan pihak berkuasa yang itu menurutnya berbaur unsur autoritarian hanya akan mencemarkan imej pasukan itu sendiri.
Anwar berkata begitu sebagai mengulas serbuan terhadap pejabat sebuah NGO dan soal siasat ke atas pengasasnya berhubung penyiaran animasi mengenai keganasan polis.
Media sebelumnya melaporkan serbuan pihak berkuasa ke pejabat Freedom Film Network (FFN) dan rumah kartunis Amin Landak di Wangsa Maju, hanya sejam selepas Pengarah Eksekutif FFN, Anna Har, dan Amin disoal siasat Bukit Aman.
Har dan Amin sedang disiasat bawah Seksyen 500 dan 505(b) Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia.
Ia susulan penyiaran animasi pendek berdurasi empat minit berjudul “Chilli Powder & Thinner” yang disiarkan pada 12 Jun lalu yang dihasilkan berdasarkan keterangan seorang remaja berusia 16 tahun bersama dua rakannya yang mendakwa dikasari polis ketika ditahan dalam lokap.
Sementara itu, Anwar yang juga Presiden KEADILAN berkata, undang-undang kontroversi tidak wajar dikuatkuasakan ketika negara sedang berdepan krisis kesihatan dan darurat.
“Sikap terlalu bergantung terhadap undang-undang seperti Akta Komunikasi dan Multimedia (1998) menjadi tidak wajar apabila digunakan untuk menindas artis, wartawan, atau aktivis,” katanya.
![]() |
Anwar bantah undang-undang kontroversi |
“Dan selalunya, ia akan memakan diri, terutamanya ketika rakyat Malaysia sedang menangani kesan wabak,” katanya menerusi kenyataan tersebut.
0 Comments