Pesawat tentera Filipina terhempas


SEBUAH pesawat tentera Filipina yang sedang membawa sekurang-kurangnya 85 penumpang dilaporkan terhempas di wilayah Sulu, selatan negara itu hari ini.

Ketua Angkatan Tentera Filipina, Cirilito Sobejana dalam kenyataan berkata, sekurang-kurangnya 40 orang telah berjaya diselamatkan dari bangkai pesawat jenis C-130 itu dan sedang menerima rawatan.

Sebilangan besar penumpang adalah kadet yang baru lulus dari latihan ketenteraan dasar negara itu.

Mereka dalam perjalanan ke Pulau Jolo yang bergolak sebagai sebahagian daripada tugasan petugas bersama memerangi keganasan di wilayah yang merupakan majoriti penduduk Muslim.
 
Pesawat itu difahamkan terbabas dari landasan dan gagal mengawal keadaan sebelum terhempas di sebuah perkampungan pergunungan di kota Patikul di wilayah Sulu.
 
"Pasukan penyelamat berada di lokasi kejadian sekarang. Kami berdoa agar dapat menyelamatkan lebih ramai nyawa," kata Sobejana.

Membawa sekurang-kurangnya 85 penumpang


Setakat ini, jumlah sebenar anak kapal di dalam pesawat tersebut masih belum dapat disahkan.


Kehadiran pasukan tentera adalah situasi normal di selatan Filipina di mana kumpulan militan iaitu pakatan penculikan untuk tebusan,  Abu Sayyaf, beroperasi.

Post a Comment

0 Comments