Kempen kibar #BenderaPutih bukan propaganda politik - Nik Faizah

TANGGAPAN sesetengah pihak yang mendakwa kempen kibar #BenderaPutih diilhamkan sebagai propaganda politik bagi memburukkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) disifatkan sebagai tidak berasas.

Timbalan Ketua Wanita Amanah Kelantan Nik Faizah Nik Othman yang dipercayai orang pertama yang mencetuskan idea tersebut berkata, idea tersebut bertujuan bagi membantu golongan memerlukan meneruskan kelangsungan hidup ketika pandemik.
 
Nik Faizah yang mesra dengan panggilan Jah berkata penggunaan warna bendera putih bersifat universal dan tidak melambangkan mana-mana parti.

“Satu dunia tahu warna putih ini lambang SOS, isyarat kesusahan. Kalau nak politikkan, baik suruh bubuh warna oren,” katanya, membandingkan dengan warna korporat Amanah.

“Lagipun, bukan suruh semua orang angkat bendera putih. Orang miskin yang terdesak sahaja angkat” katanya dipetik.

Kempen kibar #BenderaPutih mendapat sokongan padu dari rakyat, ia yang bertujuan meringankan beban golongan terputus bekalan makanan turut disokong beberapa syarikat tempatan.

Warganet turut menyeru golongan yang memerlukan agar mengibarkan bendera itu supaya mereka dapat dibantu.

Walau bagaimanapun beberapa pemimpin parti dalam kerajaan dilihat kurang senang dengan kempen tersebut.

Seorang daripada mereka, Nik Abduh Nik Aziz  menyarankan golongan susah berdoa untuk mendapat bantuan, manakala Menteri yang sebelum ini dikaitkan dengan pelanggaran SOP kuarantin meminta penduduk di kawasan Kuala Nerus, di mana beliau Ahli Parlimennya agar angkat bendera putih dan cukup menghubungi “pasukan kerjanya” untuk mengadu kesusahan.

Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor yang dikecam setelah didakwa menguji pandu kenderaan mewah jenis Ford Raptor ketika 'lockdown' dikenakan baru-baru ini pula dilapor sebagai menolak kempen #BenderaPutih (bendera putih) apabila berkata bahawa kerajaan Negeri pimpinan PAS itu tidak mengiktiraf penggunaan bendera putih oleh individu di negeri ini sebagai tanda memerlukan bantuan makanan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.

Mengulas perkara itu, Jah berkata rakyat biasa mungkin tidak sependapat dengan Sanusi.

“Walaupun menteri besar Kedah menolak kempen #BenderaPutih ini, ramai penduduk Kedah yang menyambut baik kempen ini kerana rakyat sudah terdesak, mereka tidak pedulikan kecaman dan tomahan,” katanya.

Sementara itu
Jah mengakui tidak menyangka kempen dimulakan itu mendapat sambutan luar biasa dari rakyat seluruh negara.

Ramai sambut baik kempen dilancarkan Jah
Beliau melahirkan rasa bersyukur kerana kempen itu memberi manfaatdan memudahkan urusan bantuan oleh semua pihak dengan bantuan disampaikan tepat kepada sasaran.

“Kita akan berjaya harungi fasa satu, dua dan tiga (rancangan pemulihan negara) dengan berjaya .. Insya-Allah,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut membuat gesaan agar pemberi bantuan kepada mereka yang mengangkat bendera putih untuk tidak mengambil gambar dan menyebarkan gambar itu.

Bercakap berdasarkan kajian dan pengalaman beliau sebagai aktivis masyarakat, tindakan  tindakan seperti itu katanya akan menyebabkan penerima bantuan merasa tidak senang dan selamat.

Post a Comment

0 Comments