Selangor sasar capai imuniti kelompok pada Oktober


KERAJAAN Selangor menyasarkan 80 peratus penduduk dewasa negeri itu akan menerima vaksin menjelang Oktober tahun ini.

Sasaran itu ditetapkan setelah kerajaan negeri pimpinan KEADILAN itu melancarkan inisiatif vaksin sendiri dibawah program dinamakan "Vaksin Selangor" atau Selvax melibatkan pemberian vaksin secara percuma dan juga berbayar.

Dalam pengumumannya, Menteri Besar Selangor Amirudin Shari berkata sebanyak 2.5 juta dos vaksin Coronavac keluaran Sinovac akan diberi kepada 1.25 juta penduduk menerusi Selvax.

"Usaha ini dijangka menambah kapasiti harian vaksinasi dan mampu memendekkan jangka waktu yang signifikan sekitar 100 hari lebih awal dengan sasaran vaksinasi 80 peratus daripada populasi dewasa di Selangor selesai pada Oktober 2021," katanya ketika melancarkan inisiatif itu.

Mengulas lanjut, Amirudin inisiatif oleh kerajaan negeru ini terbahagi kepada dua, iaitu Selvax Komuniti dan Selvax Industri.

sebanyak 500,000 dos akan diberi secara percuma kepada 250,000 penduduk dibawha program Selvax komuniti dengan sasaran 181,000 dos diberi pada bulan depan.

Mereka yang layak menerima vaksin secara percuma termasuk warga emas, golongan B40 dan kalangan penerima skim Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) kerajaan negeri sebelum ini.
 
Sementara tu, menerusi Selvax Industri, syarikat dapat membeli vaksin untuk pekerja mereka, sama ada warga tempatan mahupun asing.

Dua juta dos - dengan sejuta penerima - diperuntukkan untuk program ini.

"syarikat yang mengambil bahagian tidak dibenarkan untuk mengenakan sebarang kos ke atas pekerja mereka. Ini telah termaktub dalam perjanjian dan borang ‘consent form’.

"Tindakan undang-undang boleh diambil kepada para majikan yang mengenakan caj caj bayaran kepada para pekerja," katanya.

Selangor jalankan program vaksinasi sendiri


Terdahulu, kerajaan Selangor memperuntukkan RM200 juta untuk membeli vaksin Sinovac daripada Pharmaniaga bagi inisiatif ini. Vaksin untuk Selvax diasingkan daripada bekalan untuk Pick.


Pendaftaran Selvax boleh dibuat di laman web Selangkah Vax dan aplikasi Selangkah.

Post a Comment

0 Comments