Krisis politik boleh ditamatkan dengan usul undi percaya - Tommy Thomas


KRISIS
politik yang melanda negara kini yang berpunca dari keabsahan kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang diragui dapat diselesaikan dengan usul undi percaya di Dewan Rakyat.

Bekas Peguam Negera, Tommy Thomas yang dipetik laporan media berkata, Yang di-Pertuan Agong boleh menitahkan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin untuk melaksanakan usul tersebut apabila Parlimen kembali bersidang nanti.

"Sekarang kita tahu Parlimen akan bersidang sebelum 1 Ogos...Agong (boleh) memanggil perdana menteri dan beritahu 'keabsahan politik anda menjadi isu, tiada siapa yang berpuas hati dengan 112 (majoriti) anda, jadi dalam masa seminggu atau tiga hari Parlimen bersidang, anda harus lakukan usul undi percaya.

"Yang di-Pertuan Agong boleh kata kepada perdana menteri 'jika anda kalah, anda harus letak jawatan dan saya akan tubuhkan kerajaan baru dengan menentukan siapa yang ada majoriti'," katanya," katanya.

Thomas berkata demikian dalam webinar bertajuk "Emergency, Democracy and The Rule of Law" anjuran Institut Sekhar semalam.

Selain Thomas, panelis lain dalam webinar itu adalah bekas yang dipertua Dewan Rakyat Pandikar Amin Mula, naib presiden KEADILAN Shamsul iskandar Mohd Akin, ketua Pemuda DAP Howard Lee serta pengarah dan pelakon Afdlin Shauki yang baru-baru ini secara terbuka menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mengulas lanjut perkara itu Thomas menjelaskan,  langkah seterusnya bagi yang dipertua Dewan Rakyat adalah menerima usul tersebut untuk dibahaskan.

Dia berkata satu hari perlu diperuntukkan untuk membahaskan usul tersebut sebelum - dan ia harus disiarkan secara langsung - dan disusuli dengan undian.

Sidang Parlimen digantung sejak 11 Januari lalu susulan penguatkuasaan darurat.

Agong boleh titah untuk usul undi percaya
Seri Paduka Baginda, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah sebelum ini memberi pandangan bahawa sidang Parlimen perlu diadakan segera. Pandangan yang dizahirkan itu turut mendapat sokongan Majlis Raja-Raja Melayu.

Walaupun dilihat keberatan untuk membuka Parlimen, atas desakan ramai kerajaan pada Jumaat berkata bahawa Dewan akan kembali bersidang sebelum 1 Ogos ini.

 

Post a Comment

0 Comments