MENTERI Perdagangan Antarabangsa dan Industri Mohamad Azmin Ali 'dihentam' Rafidah Aziz susulan kenyataannya bahawa kilang tidak patut dipersalahkan atas peningkatan kluster Covid-19 di tempat kerja.
Rafidah, yang menerajui kementerian berkenaan selama dua dekad dipetik laporan media media sebagai berkata statistik kerajaan sendiri menunjukkan bahawa sektor pembuatan menyumbang 48% daripada kes kluster.
"Ini bukan “permainan” tuduh-menuduh.
“Dan (angka) jangkitan terus membimbangkan,” kata dalam catatan di Facebook hari ini.
Rafidah yang dikenali sebagai 'wanita besi' turut menambah bahawa ketika ini sekecil-kecil perniagaan sehingga sebesar-besarnya sedang menderita.
Azmin yang 'mengkhianati' KEADILAN untuk membentuk kerajaan bersama Bersatu dan PAS pada tahun lalu dikritik rakyat susulan keputusan untuk tidak menutup sektor pembuatan dan perkilangan ketika angka jangkitan Covid-19 terus berada pada paras membimbangkan.
Pada Isnin, Ahli Parlimen Gombak itu menolak dakwaan bahawa sektor pembuatan dan perkilangan adalah penyumbang terbesar jumlah kes Covid-19 yang tinggi ketika ini dan berkata adalah tidak benar untuk meletakkan kesalahan atas penularan wabak itu kepada sektor berkenaan.
Bagaimanapun, dua hari lalu, Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainudin membuat kenyataan bertentangan dengan menegaskan bahawa sektor pembuatan adalah penyumbang utama kluster Covid-19.
Sementara itu dipetik laporan sama, Rafidah menyeru agar kerajaan menyemak semula beberapa peraturan yang ditetapkan bagi industri ini untuk mengelakkan bukan sahaja larangan beroperasi tetapi juga kemungkinan kontrak mereka sebagai pembekal ditamatkan.
Ada kilang-kilang yang mengeluarkan hasil untuk pasaran eksport diarahkan tutup, katanya, sambil memberi amaran bahawa syarikat-syarikat tempatan boleh terus kehilangan pasaran luar negara mereka.
![]() |
Rafidah kritik kenyataan Azmin Ali |
“Semestinya memperhalusi peraturan sekatan ini tidak akan memberi kesan negatif terhadap eksport, syarikat, dan pekerjaan Malaysia,” katanya.
0 Comments