JAWATANKUASA Kos Sara Hidup Pakatan Harapan menggesa kerajaan menaikkan bantuan pemberian sekali beri (one-off) kepada rakyat daripada RM500 kepada RM2,000.
Tegas mereka, mereka menyokong keputusan melanjutkan penutupan penuh fasa kedua di seluruh negara selama 14 hari lagi bagi memerangi Covid-19, namun pakej bantuan kepada rakyat yang terkesan dan menyeluruh mesti diberikan.
"Bantuan one-off RM500 (pendapatan bawah RM2,500) atau RM300 (RM2,500-RM5,000) masih terlalu kecil dan hanya menerima bantuan tersebut pada hujung bulan ini.
"Cadangan Jawatankuasa adalah pemberian bantuan one-off mesti dipercepatkan dan dinaikkan ke RM2,000 dan RM1,500 masing-masing," kata mereka dalam kenyataan.
Jawatankuasa itu dianggotai Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim; Ahli Parlimen Sekijang, Natrah Ismail; Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Hasanuddin Mohd Yunus; Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen; Setiausaha DAP Sabah, Chan Foong Hin; Ahli Parlimen Rasah, Cha Kee Chin; Ahli Parlimen Batu Gajah, Sivakumar Varatharaju Naidu.
Mereka turut mencadangkan agar moratorium pinjaman bank selama tiga bulan diberikan kepada golongan M40 selain subsidi upah dilanjutkan kepada tiga bulan untuk membantu Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) serta mengelakkan pekerja dibuang kerja sebagaimana saranan kumpulan majikan dan pekerja.
Subsidi atau rebat Tenaga Nasional Berhad (TNB) sebanyak 30 peratus juga tegas mereka wajar diberikan kepada pengguna domestik memandangkan penggunaan elektrik di rumah bertambah.
Melalui kenyatan itu juga mereka menggesa Kementerian Perdagangan, Antarabangsa dan Industri (MITI) diketuai menterinya, Azmin Ali agar bertindak lebih bertanggungjawab.
Bantuan kepada rakyat mesti dipercepatkan |
"Keadaan ini tidak membantu, malahan merencatkan usaha untuk melandaikan lengkuk pandemik Covid-19," katanya.
0 Comments