Utamakan nyawa rakyat berbanding ekonomi , kata pakar ekonomi


KERAJAAN
diberitahu supaya lebih mengutamakan nasib dan nyawa rakyat berbanding ekonomi.

Bercakap dalam forum maya anjuran Sunway Project for Asian and International Relations, Nicholas Khaw, Ketua Penyelidik Khazanah Nasional berkata begitu sambil menyatakan kebimbangan terhadap nasib rakyat terutama golongan pendapatan yang terjejas susulan perintah sekatan penuh yang kini dikuatkuasakan.
 
Jelasnya, ramai orang dan perniagaan yang sebelum ini menggunakan simpanan mereka untuk kelangsungan hidup akibat sekatan-sekatan dikenakan sebelum ini berkemungkinan tidak lagi mampu berbuat demikian.

Justeru fokus utama kerajaan adalah untuk memastikan orang ramai masih mampu makan dan anak-anak mereka tetap mendapat pendidikan

“Banyak mana boleh diambil daripada akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, yang sebenarnya adalah tindakan meminjam daripada diri sendiri dan bukannya suntikan wang.

“Jika keadaan berterusan sebegini, saya berpendapat tidak penting sama ada ekonomi meleset atau tidak, kerana rakyat sendiri akan terjejas terlebih dulu.” katanya dipetik laporan FMT.

Bimbang nasib rakyat hilang pendapatan
Sebagai rekod, kerajaan dikepalai Muhyiddin telah berulang kali didesak memberikan lebih banyak bantuan selain memperluas moratorium pinjaman untuk lebih banyak sektor bagi membantu orang ramai serta perniagaan menghadapi sekatan penuh yang dikuatkuasakan yang kini dilanjutkan dua minggu lagi sehingga 28 Jun.

Post a Comment

0 Comments