HARAPAN Johor gesa bantu petani, penternak dan nelayan terjejas

 

PAKATAN HARAPAN (HARAPAN) negeri Johor mengemukakan beberapa inisiatif kepada keraajaan negeri untuk menambah baik Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) Ihsan Johor 3.0.

Cadangan itu dikemukakan Pengerusi AMANAH Johor Aminolhuda Hassan, Pengerusi KEADILAN Syed Ibrahim Syed Noh, dan Pengerusi DAP Liew Chin Tong dalam satu kenyataan.

Antara cadangan dikemukakan ialah bantuan secara “one-off” sebanyak RM1000 kepada golongan petani, peternak dan nelayan di negeri itu yang terjejas dengan pelaksanaan PKP 3.0 dan pandemik.

"PRE juga perlu menambah peruntukan untuk meningkatkan data dan capaian internet tanpa had di kawasan luar bandar dan bandar di Johor.

“Usaha memberikan data internet tanpa had, khususnya buat golongan B40 dan M40 yang banyak menggunakan internet di rumah untuk bekerja dan PdPR, amat penting untuk mereka meneruskan kelangsungan hidup warga Johor. Ia juga dapat menggalakkan PKS di Johor beralih kepada perniagaan secara digital,” katanya mereka.

Selain itu, HARAPAN Johor turut berpandangan bahawa Pusat Pengambilan Vaksin (PPV) di Johor yang terletak di pusat bandar menyukarkan penduduk kawasan desa dan luar bandar untuk menerima suntikan vaksin.

Justeru mereka mencadangkan supaya perkhidmatan pengangkutan percuma ditawarkan kepada individu yang mahu mendapatkan vaksin di PPV terbabit.

“Kerajaan negeri Johor boleh mengkaji pendekatan kerajaan negeri Selangor yang menyediakan rebat pengangkutan bagi perkhidmatan e-hailing untuk mendapatkan vaksin sebanyak RM20 yang memanfaatkan 50,000 orang pengguna dengan kos keseluruhan sebanyak RM 1 juta,” kata mereka.

Selain itu mereka turut menekankan peri pentingnya untuk mewujudkan perkhidmatan PPV bergerak dan penggunaan pusat komuniti seperti rumah ibadat sebagai PPV di kawasan luar bandar supaya dapat memudahkan penduduk.

Kerajaaan negeri juga tegas mereka mesti menambah ujian saringan Covid-19 dengan mempertimbangkan penggunaan kit ujian saringan kendiri dan ujian nafas Covid-19 seperti yang digunakan di Singapura, di samping ujian RTK-Ag dan ujian PCR.

PPV, Johor digesa ikut pendekatan Selangor
“Ujian saringan perlu dilaksanakan secara besar-besaran untuk mengesan kes-kes positif dalam kalangan komuniti supaya dapat mengekang penularan wabak secepat mungkin,” tegas kenyataan itu.

Sebagai langkah berkesan mencari formula menangani pendemik itu, HARAPAN Johor turut menegaskan bahawa usaha dwipartisan amat penting bagi memenangkan perang ini terhadap Covid-19 demi kesejahteraan rakyat Johor. 

Post a Comment

0 Comments