Memorandum desak pecat Mahiaddin diserahkan kepada Istana


SEBUAH
Pertubuhan yang menamakan diri mereka sebagai Gabungan Bertindak Memorandum Rakyat Malaysia menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong bagi mendesak Mahiaddin Md Yassin dan barisan kabinetnya dipecat.

Jurucakap Gabungan itu Mustapa Mansor dipetik laporan Sinar berkata, pembatalan Ordinan Darurat tanpa mendapat perkenan Seri Paduka Baginda adalah satu tindakan tidak menghormati Raja Berperlembagaan dan bercanggah dengan sistem Demokrasi Berparlimen.

Disebabkan itu, tindakan tegas perlu diambil ke atas Ahli Parlimen Pagoh itu dan kerajaan Perikatan Nasional (PN) sebagai pengajaran pada masa akan datang.

"Kami sebagai badan masyarakat madani terkejut dan dukacita dengan kerajaan PN pimpinan Muhyiddin yang sengaja dan terancang tidak menghormati titah Yang di-Pertuan Agong yang mahu semua Ordinan Darurat dibahaskan sepenuhnya di Parlimen seiring dengan perkara 150 (3) Perlembagaan Persekutuan.

"Kami juga amat kesal apabila pembatalan Ordinan-ordinan Darurat sebagaimana diumumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Takiyuddin Hassan, 26 Julai lalu di Parlimen masih belum mendapat perkenan Seri Paduka Baginda," katanya dipetik.

Mustapa sebelumnya  penyerahan memorandum disokong 40 badan-badan bukan kerajaan (NGO) di Istana Negara pada Jumaat.

Sementara itu Mustapa turut menegaskan bahawa Mahiaddin dan  barisan kabinet perlu berundur secara terhormat serta-merta

Gabungan itu juga jelasnya berharap Seri Paduka Baginda, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dapat memastikan proses pelantikan Perdana Menteri baharu melalui sistem sokongan majoriti di Parlimen bersesuaian dengan prinsip demokrasi.

"Sebarang bentuk manipulasi politik, tidak bermoral dalam pelantikan PM perlu dipastikan tidak berlaku lagi. PM yang mendapat sokongan majoriti di Parlimen akan mampu membawa Malaysia keluar dari kemelut politik, ekonomi, sosial dan kesihatan dalam masa terpantas.

"Kami setia berada di belakang Yang di-Pertuan Agong dan ketegasan Seri Paduka Baginda memberi pengajaran kepada semua ahli Parlimen dalam memenuhi sumpah jawatan dan taat setia kepada Tuanku," katanya lagi.

Pecat Mahiaddin supaya jadi pengajaran
Selain Mahiaddin, Timbalan Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Takiyuddin Hassan; Menteri Kanan Luar Negeri, Hishammuddin Tun Hussien dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Mohamed Azmin Ali turut dinamakan dalam tuntutan itu.

Speaker Dewan Rakyat, Azhar Azizan Harun dan timbalannya, Mohd Rashid Hasnon juga menurut mereka tidak terkecuali dan wajar dipecat dari jawatan mereka.

Post a Comment

0 Comments